30 January 2008

Majlis Baccan Yasin












al-Fatihah ....

Bekas Mufti Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas hampir 21 jam dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.50 petang akibat pendarahan dalam kepala.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok

------------------------------------------------------------------------------------

Loloq Meninggal Dunia

PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak

Depa ni org Penang ka?

Sesi pembentangan kali ini tak kurang hebatnya.
Pembukaan program di awal tahun mendapat kerjasama semua kementerian.
Terima kasih di atas kehadiran Tuan/Puan, anda antara yang terpilih.
Apa lagi? Syam dgn loqhat utara dia la. Semua gelak dok dengaq taklimat rangkaian
Lepas tu, la....sorang lagi ka? Depa ni mai dr Penang.
Bukan apa, kalu tak buat loghat utara, depa dok pakat menguap. Biasalah dgn taklimat.

Ni depa minta cheq posing sat b4 masuk dewan taklimat

Tup tap tup tap, Anna Sarawakain dapat hadiah dr Tourism. Dapat topi, he he he. Cheq pun cuba lah. Lepas nie jom pi mancing ikan no....



29 January 2008

penat sikit....

kena siapkan kertas pembentangan untuk esok....penat lah.
kertas pembentangan bos petang ini baru siap.
pergi mana plak kali ni?
he he he

28 January 2008

Jualan batik naik mendadak

KUALA TERENGGANU 27 Jan. - Jualan batik tempatan yang sebelum ini merosot kini dilaporkan naik secara mendadak selepas kerajaan menguatkuasakan pemakaian baju batik di kalangan pegawai dan kakitangan sektor awam.

Pengurus Besar Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., (Karyaneka), Zuraidah Abdul Razak berkata, pihaknya mendapati batik menjadi produk kraf terlaris di negara ini berbanding produk perak, pewter, songket dan anyaman di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberitahu, jualan batik yang dikendalikan oleh Karyaneka mencecah 39 peratus tahun lepas dengan diikuti Perak (20 peratus), pewter (20 peratus), songket 20 peratus dan selebihnya pelbagai produk kraf lain.

Katanya, walaupun angka sebenar jualan batik di pasaran tempatan masih belum diperoleh tetapi hasil pengamatan dan laporan yang diterima pelbagai pihak termasuk pengusaha batik dan peniaga, ia ternyata menunjukkan peningkatan membanggakan.

'' Ini membuktikan usaha kerajaan mewajibkan kakitangan kerajaan memakai baju batik tempatan amat disanjung tinggi kerana sekali gus ia meningkatkan industri batik negara.

Usaha'' Industri batik tempatan juga dilaporkan kembali bernafas dengan usaha kerajaan itu dan seharusnya disambut dengan pengusaha batik tempatan," katanya kepada Utusan Malaysia semasa melawat Kraftangan Terengganu, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kraftangan Terengganu, Kamarulzaman Mera Hussin.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Zuraidah berkata, Karyaneka anak syarikat Kraftangan Malaysia berjaya mencatatkan pendapatan jualan pelbagai produk kraf termasuk songket dan batik sebanyak RM14 juta dalam urusniaganya sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata, pencapaian tersebut amat membanggakan kerana angka jualan produk tempatan meningkat secara mendadak berbanding RM11 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, produk yang terlaris adalah batik ( 37 peratus), barangan perak (20 peratus), pewter (20 peratus), songket (18 peratus) dan selebihnya anyaman dan ukiran kayu.

''Berdasarkan perkembangan sekarang kami menyasarkan hasil jualan Karyaneka bakal mencecah sebanyak RM18 juta tahun depan," katanya.

Mengulas lanjut Zuraidah berkata, mulai tahun ini Karyaneka memperhebatkan promosi jualan, sama ada pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa dalam usahanya memastikan produk tempatan mendapat sambutan pelanggan.

Katanya, mulai tahun ini juga Karyaneka akan mengadakan lawatan ke Dubai bagi mempromosi batik dan songket kerana di fahamkan kedua-dua produk kraf tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negara tersebut.

''Mulai Februari ini, Karyaneka juga akan mengadakan promosi ke Birmingham, Sepanyol dan Hong Kong dalam rangka memperhebatkan promosi bagi memastikan produk kraf tempatan menembusi pasaran dunia," tambah beliau.

Kerajaan Malaysia keenam paling cekap di dunia

28/01/2008 4:51pm


PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam terbaik di dunia berbanding tempat kelapan pada tahun 2000, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, Perdana Menteri berkata, Malaysia yang tergolong dalam negara-negara mempunyai 20 juta penduduk atau lebih mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

“Di atas kita ialah China, Kanada, USA, India dan Taiwan,” katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di sini hari ini. - Bernama

Selamat Bekerja

MAPPA VIII

JOM DENGAR AMANAT

----------------------------------------------------------------------------------
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (MAPPA VIII) bersama Y.A.B Perdana Menteri akan diadakan di Putrajaya bertujuan membolehkan pegawai kerajaan dari pelbagai perkhidmatan dan peringkat mendengar Amanat YAB Perdana Menteri berkaitan hala tuju masa hadapan serta cabaran yang bakal dihadapi negara umumnya dan perkhidmatan awam khususnya untuk berinteraksi dan berdialog dengan beliau mengenai isu-isu semasa.

Tarikh:28 Januari 2008 (Isnin)

Tempat:Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya

Masa:9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

---------------------------------------------------------------------------------

Malam Ini Milik Estranged

Tahniah kepada Estranged yang menjuarai AJL ke 22 pada malam ini. Berita terkini dalam www.gua.com.my. Tahniah team gua.com kerana korang update cepat siot.

27 January 2008

Google Minat Melabur di Malaysia

Daripada: OTHMAN MOHAMAD

DAVOS 26 Jan. – Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, telah memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDEC) dalam usaha untuk mewujudkan pangkalannya di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Google berminat untuk melabur di Malaysia memandangkan terdapat prasarana cukup dan kedudukan geografi yang strategik.

‘‘Malah, rancangan-rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kita boleh membantu pembangunan Google mewujudkan pangkalan mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

Selain itu, kata Abdullah, Google menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang merupakan yang tertinggi berbanding di negara-negara rantau Asia Tenggara.

Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan kelak juga akan dapat dimanfaatkan oleh negara.

Google Inc merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar (carian) Amerika Syarikat, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998.

Setakat 30 September 2006, syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 9,378 orang pekerja sepenuh masa.

Penyenaraian awam Google dibuat pada 24 Oktober 2004 dan syarikat itu kemudiannya mencapai nilai hampir RM76 bilion.

Melalui beberapa pembangunan produk baru, pengambilalihan dan perkongsian, Google berkembang daripada syarikat enjin pencarian serta pengiklanan kepada bidang-bidang lain termasuk e-mel, laman web, pemetaan dalam talian dan produktiviti pejabat.

Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang menjimatkan kos bagi para pengiklan.

Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu telah membuktikan ia bersedia menjadikan topik-topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.

Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.

‘‘Jadi ia menjadi forum yang cukup responsif kepada apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala - sesama pemimpin kerajaan tetapi juga dengan ketua-ketua syarikat besar di dunia,” katanya.

Sementara itu, Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang juga berada di sini, telah mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari mulai 18 Mei ini di Kuala Lumpur.

‘‘Sambutannya baik. Datuk Seri Jamaludin dan para pegawai MDEC mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” jelasnya.

– Mingguan

Blog Tidak Mampu Pengaruhi Fikiran Rakyat

27/01/2008 4:48pm


SEREMBAN 27 Jan. - Rakyat tidak akan terpengaruh dengan dakyah yang cuba dibawa oleh parti pembangkang melalui laman blog bagi meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya akan datang.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan berkata, laman blog pembangkang tidak mampu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat melalui fakta-fakta yang diputar belit kerana rakyat mampu menilai maklumat yang diperoleh daripada blog.

Malah katanya, fakta yang diseleweng oleh pembangkang belum tentu dapat menawan hati rakyat yang dilihat sebagai cara memperoleh sokongan di saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum akan datang.

``Malaysia adalah negara demokrasi, jadi rakyat boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu melalui mana-mana saluran yang mereka mahu tanpa sekatan.

``Tetapi apa maklumat yang mereka perolehi melalui laman blog tidak semestinya diterima bulat-bulat oleh kerana rakyat telah matang dan tahu menilai mana yang betul mana dan salah,'' katanya kepada para pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Pertandingan Memancing dan Bilik Gerakan UMNO Kampung Stesyen di sini hari ini.

Suharto Meninggal Dunia

27/01/2008 4:07pm

JAKARTA, 27 Jan — Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang ini waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi ini.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Moerdiono melalui siaran sebuah radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu.
Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Terdahulu hari ini, doktor mengisytiharkan Suharto dalam keadaan kecemasan dan paling kritikal sejak berada di hospital itu apabila sejak pukul 1 pagi ini bekas pemimpin itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan alat pernafasan setelah pelbagai organ badannya gagal berfungsi.

Moerdiono yang juga jurucakap keluarga Suharto berkata, anak-anak bekas presiden itu berada di sisi bapa mereka ketika itu.

Semasa dirawat di hospital itu, Suharto yang dimasukkan ke hospital itu pada awalnya kerana masalah pencernaan dan paru-paru berair, beberapa kali dilaporkan berada dalam keadaan koma dan menjalani rawatan pemindahan darah.
Suharto atau lebih dikenali dengan gelaran “Pak Harto” adalah bekas Presiden kedua Indonesia yang juga dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Indonesia” hasil perkembangan pesat negara itu semasa era pemerintahannya.

Suharto yang turut dihormati di kalangan negara jiran rantau ini adalah antara pemimpin yang banyak menyumbang dalam pertubuhan serantau Asean.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut melawat Suharto di hospital itu pada 14 Januari lepas berkata, bekas presiden itu juga berperanan utama dalam memulihkan hubungan antara Malaysia-Indonesia (selepas konfrontasi terhadap Malaysia yang dilancarkan oleh presiden pertama Indonesia, Sukarno).

“Suharto memudahkan perhubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang selepas itu semakin meningkat dan hubungan jadi begitu rapat sehingga kita boleh anggap ini serumpun, yang sememangnya dari asal dekat,” kata Dr Mahathir kepada media Indonesia sejurus selepas meluangkan masa kira-kira 25 minit melawat Suharto di hospital itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah adalah antara kenamaan Malaysia yang melawat Suharto di hospital itu.- Bernama

Makan-makan @ The Rain

menikmati makan malam di The Rain, nak rasa promosi bulanan The Rain













- waktu makan tenghari sudah pun dibuka -

Tahniah !!!

alam ingin mengucapkan tahniah kepada KeyRoll yang akan memulakan kerjaya baru beliau. Sorry lah ya kerana tak sempat nak join majlis perpisahan ko Jumaat lepas. alam tak der di Putrajaya.

All teh best for you.

26 January 2008

Alam @ Eagle Ranch Resort







Cabaran @ Eagle Ranch Resort

jom sahut cabaran. buat rakit, dayung rakit sampai tengah laut. ambil bendera. dayung lagi sampai ke darat. bukak rakit yang dibuat. susun dan kemas semula