31 July 2007

TQ ......

Untuk Qaseh and her family, terima kasih untuk T-shirt ini. Wow...bercuti lama eik. Balik kampung ker? Hantar di opis pagi tadi. Alamak....nak berborak panjang tak dapat eih.


30 July 2007

Rehat sekejap....

Rehat sekejap makan tengahari di Selera Mesjid Putra, Putrajaya.




Hujan Panas


Cuaca sekarang ini banyak tak menentu...hujan, panas. Jika itu irama cuaca, begitu juga gerak kerja seharian. Banyak yang perlu dibuat. Apa-apa pun untuk semua, cuaca tidak menghalang kita untuk membuat sesuatu yang terbaik. All the best untuk kalian semua. Kepada Hisyam and the geng, Selamat Maju Jaya di China.


24 July 2007

Tiada di pejabat...

Alam nak ke mana? Membawa diri? Kenapa nie....? Apa-apa pun Alam tiada di pejabat. Boleh hubungi telefon.....


23 July 2007

Selamat Bekerja.


Alam nak ucapkan Selamat Bekerja untuk semua.




20 July 2007

Tazkirah Jumaat


Terjemahan

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Sampan & Laut




Sampan & Laut

Kadang kala pelik pabila melihat gelagat manusia dalam urusan seharian. Nak kata TAK TAHU apa yang hendak dibuat, adalah sesuatu yang mustihil untuk dipercaya. Jika dilihat sampan ditepi laut, sudah pastilah untuk digunakan untuk kelaut. Begitu juga resam dalam pekerjaan. Jika bekerja dalam sesuatu organisasi, sudah pasti ada tanggungjawab yang diberi. Jika tidak orang kata ”makan gaji buta”. Adalah anda tergolong dalam kumpulan ini? Fikir-fikirlah sendiri.

Perbincangan dalam sesuatu organisasi adalah amat peting. Jika anda mengetui sesuatu pasukan, perancangan hendaklah dibuat. Apa yang perlu dibuat adalah mudah sekali.

1. Buat pelan perancangan bagi tugasan yang diberi.

Apabila anda diberi arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Cuba fahami arahan yang diberi. Jangan ’confiuskan’ diri anda dengan tanggungjawab yang diberi. Tanamkan kekuatan dan yakinkan diri anda bahawa anda boleh laksanakan.

Kebiasaannya antara arahan yang diberi mungkin sesuatu yang baru. Sesuatu yang berkaitan dengan tugas anda ataupun tidak. Tetapi ia tidak menjadi masalah. Anggaplah ia sebagai cabaran baru. Jangan ”cepat melenting dan kecoh, lantaran itu anda ’mengumpat’ bersama-sama rakan-rakan. Kata-kata ’Isk...nie bukan tugas aku, apa lah bos ni, suruh lah orang lain buat”. Jangan cuba hantui diri anda dengan masalah, cari jalan penyelesaian. Ini akan membuang masa anda sahaja. ”Lapan jam waktu bekerja, berapa jam yang paling efektif anda gunakan?”. Anda sahaja yang tahu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba catat arahan yang diberi kepada anda. Seterusnya, buat sedikit kajian dan analisis. Cari dan baca sumber-sumber yang berkaitan. Paling mudah dengan membuat carian secara atas talian. Cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan anda yang boleh dipercayai dan anda yakin dengan pandangannnya. Sekali lagi ditekankan cuba elekkan ’pengumpat dan berborak-borak kosong’.

Seterusnya, anda boleh membuat sedikit perancangan ringkas berkaitan dengan tugasan yang diberi. Drafkan perancangan tersebut dan cuba bentangkan kepada bos anda. Betul atau salah, jangan anda menjadi hakim. Biarlah bos anda menghakiminya dan jikalau ditanya jawab dengan fakta-fakta berdasarkan kajian anda.

Jangan sesekali sekadar cetak ’perancangan ringkas’ anda ataupun email dan hantarkan kepadanya. Ayat lain ”arahan diberi, aku dah buat, aku dah hantar pada bos, tunggulah reaksinya”. Jika ini berlaku ia seolah-olah anda seorang yang cuba lepas tangan. Cuba cari masa beliau dan terangkan perancangan kasar anda. Yakinkan bos anda dan cuba memahamkannya. Ini untuk memastikan sama ada anda ’menjawab’ arahan yang diberi. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham dan pada yang sama anda mengelak ’perancangan anda tidak dibaca”.

Berdasarkan pandangan dan ulasan yang diberi, cuba seberapa segera membaikinya dan seterusnya email perancangan tersebut kepadanya. Ini adalah salah satu cara untuk menyakinkan beliau bahawa anda telah melaksanakan arahan dan mengambilkira pandangan yang diberi. Mudah kan?

Bila masa yang sesuai untuk berjumpa. Usah bimbang, pasti anda tahu masa-masa bos anda tidak ”sibuk dengan tugasannya’. Takkan sepejabat sampai tidak tahu lansung. Anda juga boleh semak dengan Pembantu Khas beliau. Masa yang sesuai diwaktu pagi, mungkin selepas 10-15 minit selepas beliau sampai dipejabat. Kata lain ”pandai-pandailah mencari masa yang sesuai’.


2. Pelaksanaan
3. Pemakluman
4. Pemantauan
5. Penambahbaikan
6. Ucapan penghargaan
7. Motivasi


..........................bersambung

19 July 2007

Wayar, Sana Sini

Proses penaiktaraf rangkian di pejabat. Hati-hati akak....nanti terjatoh pulak.






Dah Abis DPA

Lepak sekejap minum petang bersama KR yang baru tamat DPA. Dia kena bertugas di Penang. Kembali juga KR ke tempat lama. Tahniah, tahniah untuk KR. Mona, ko tak dapat balik ke Melaka. He he he di HQ juga ko kena.






16 July 2007

Gagal

Entah apa perasaan bila kita gagal dalam sesuatu perkara. Mungkin remuk rasa dihati. Mood seharian dah bertukar. Dari keceriaan menjadi sebaliknya. Tapi senyuman tetap diukir dihadapan semua. Aku akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran. Bakal mencetus kualiti yang akan dinikmati semua.

Impianku, perancanganku, harapanku........semua bermain-main diminda ku. Ku ingati kisah deruan ombak memecah kesunyian malam, bersama-sama kawan-kawan yang tak pernah terfikir untuk berbicara tapi mereka jua sedia bersamaku. Meredah sesuatu yang tak dijangka tapi keseronokan dikecapi bersama.

Ku ingat kisah perjalanan meniti cahaya mentari pagi, sesejuk embun pagi menusuk kalbu, bersama-sama diredahi. Entahlah berapa panjang langkah diatur tetapi demi mengejar apa yang diinginkan, tiada halangan. Semangat menguatkan segalanya.

Terima kasih sahabatku di atas sokonganmu. Doakan kejayaanku dihari mendatang.

12 July 2007

Ada hal

Esok (13 Juai 2007) Alam tiada di pejabat. Boleh hubungi melalui talian telefon.


Gara-gara





Pelbagai ragam





Ragam





11 July 2007

Cabaran

Sungguh banyak cabaran yang dihadapi. Tapi kekuatan dan keazaman mengatasi segalanya. Tima kasih abang sebab dapat makan sekali. Walaupun masing-masing sibuk dengan tanggungjawab yang diamanah, masa yang diambil untuk seketika sungguh bermakna sekali. Terima kasih diatas nasihat dan semangat yang diberikan. Satu deimensi baru akan dicipta dalam kerjaya untk pencapaian yang lebih berkualiti. Teruskan berusaha.


Perasaan

Macam-macam perasaan yang akan terjadi ; sedih, gembira dan ceria. Apa pun perasaan anda, kualiti kerja tetap diutamakan.



09 July 2007

Keletihan

Kerana terlalu kelithan, tidur sekejap di Airport Labuan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu dan bermalam disitu.


Bersama komuniti Labuan

Terima kasih kepada Perbadanan Labuan diatas jemputan ke program komuniti masyarakat yang dianjurka. Semoga usaha sama ini akan berterusan dimasa akan datang.




Kemasyarakatan @ Labuan