04 January 2011

Nikmatnya Makanan @ Medan Selera Seroja, Presint 11

Solat zohor di sura Pusat Komuniti Presint 11, Putrajaya. Alhamdulilah, yang wajib sudah selesai. Amin.


Seterusnya Alam mencuba makanan di Medan Selera SEROJA yang baru mula beroperasi mulai 3 Januari 2011. Ada beberapa gerai sudah dibuka. Kali ini Alam mencuba nasi campur daripada gerai no.6. Air pada hari ini percuma diberikan kepada para pengunjung. Selamat menjamu selera.

03 January 2011

Nikmatnya Makanan @ Ice Room, Bandar Baru Bangi

Nikmatnya Makanan kali ini di Ice Room yang terletak di Bandar Baru Bangi. Pabila cuaca tak menentu sekejap sejuk sekejap panas, Alam pun singgah untuk menikmati Ice disini. Di samping minuma berasakan ais, terdapat juga pelbagai makana lain. Selamat mencuba.
















:| : Tiramisu :|:

Hari ini sempat tgk drama Tiramisu, best juga. Agak kelakar waktak2 ini. Waktu siaran pada jam 7.30 mlm, jadi sempatlah nak menonton. Sedikit ulasan berkaitan dengan cerita ini. Sumber daripada http://www.budiey.com/

TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

02 January 2011

Permata Alam @ Alam Sari, B.B Bangi

Kini dibuka Tadika Permata Alam di Alam Sari. Lokasinya berdekatan dengan stesen komunter UKM. Jadi kepada yang berminat boleh sila hubungi Pn Ziela.



01 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Yang datang pasti pergi. Masa akan terus berlalu. Tahun demi tahun, ia pasti muncul. Alhamdulilah, aku bersyukur pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk menyambut Tahun 2011. Tahun 2010, mencatatkan pelbagai sejarah dalam kehidupan ini sebagai seorang pelajar Sarjana. Pelbagai pergolakan dapat diatasi. Alhamdulilah. Semuanya tetap sejarah dalam hidup ini.


Alhamdulilah bagi menyambut tahun baru masihi 2011, Alam melapangkan diri untuk menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Masjid Tuanku Zainal Abidin @ Masjid Besi. Alhamdulilah, ramai jemaah turut serta dalam majlis ini.