29 January 2009

Gelak Ketawa

Gelak ketawa memecah kesunyian petang takala salah seorang daripada rakan pejabat yang sedang asyik menikmati 'cucur kodok' (betul kot atau jemput-jemput pisang) terkejut apabila terjumpa anak lipas. Alamak, yang lain dah abis makan dan yang ini merupakan yang terakhir. Topik hangat ini menjadi bualan semua, ada yang marah, geram, minta bersabar, minta complain dan sebagainya.

Gambar dibawah rakaman kenangan cucur kodok bersama anak lipas. Anak lipas anak lipas, masuk dalam tepung, digaul, digoreng.
Ini kena komplen dengan cafe yang menjualnya.




27 January 2009

Happy Chinese New Year

Alam ucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk anda semua.

Imperial Roaster @ Rasa Mas

Menikmati hidangan Imperial Roaster di Rasa Mas semperna Sambutan Tahun Baru Cina.


Makan @ Laksa Shake

Menikmati makan tenghari di Laksa Shake. Mudah, capat dan menyelerakan. Apa kata anda cuba selepas ini.





Daging Salai

Menikmati daging salai yang boleh didapati di DDQ terletak di Mid Valley, KL. Thanks kepada akak yang promosi pada Alam.

26 January 2009

Jumpa Lagi di WHF 2009



WORLD HALAL FORUM (WHF) 2009
18-19 May 2009
Kuala Lumpur, Malaysia

Themed “Achieving Global Halal Integrity”, the 4th World Halal Forum (WHF) will again be held at the prestigious Kuala Lumpur Convention Centre, adjacent to the Petronas Twin Towers, in the heart of Kuala Lumpur, Malaysia

The theme for WHF 2009 is a follow through of WHF 2008, which tasked and entrusted the International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance) with developing a global halal standard. This global standard will unify a fragmented halal industry and enhance the level of halal integrity.

Ten standard modules and its impact on business deliberated, the sheer nature of the impact expected on the halal industry is expected to draw over 2,500 delegates making a beeline. WHF 2009 will also see a change in format with two stream being held concurrently, one the modules and another on business implications.
From a gathering of high-level participants, industry experts, academicians and scholars, deliberations and resolutions at WHF 2009 will shape the future of the halal industry.

To register or obtain information, contact:

The World Halal Forum 2009 Secretariat
31-2, Plaza Crystalville, Jalan 22A/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Tel: +603 6203 1025 Fax: +603 6203 4072
Email: info@worldhalalforum.org Website: www.worldhalalforum.org

Fiesta di i-FEST 09

Hari ini hari terakhir Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009. Bermula pada hari Khamis 22 Januari 2009 sehingga hari Isnin 26 Januari 2009. Selama 5 hari i-Fest dianjurkan di Mid Valley Exhibition Centre, KL. Setiap hari mempunyai tema yang tersendiri iaitu 'Untukmu Palestine' (Khamis), ' Hari Wanita' (Jumaat), ' Dunia Remaja' (Sabtu), 'Bersama Keluarga' (Ahad) dan diakhiri dengan tema 'Fiesta' (Isnin).

Majlis Penutupan i-Fest 09 akan disempurkan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

25 January 2009

Wahida @ i- FEST 09

Persembahan Wahida di Festival Ekonomi Islam Malaysia (i-FEST 09) yang berlangsung di 22 hingga 26 Januari 2009 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk mengetahui tentang i-FEST 09 boleh layari http://www.yapeim.net.my/i-fest08/index.htm












Koleksi Wahida @ i-FEST





22 January 2009

cuaca....

Petang tadi sempat jogging di Taman Perdana Putra. lihat cuaca macam jerebu sahaja. Permandangan rumah Alam dari atas bukit ini agak kurang jelas penglihatan. emmm... jerebu melanda? tapi ramalan cuaca biasa sahaja

Apabila dilihat Index Pencemaran Udara (IPU) ia berstatus Baik. Jika anda ingin mengetahuinya, boleh layari http://www.doe.gov.my/apims/index.php Sistem ini dinamakan APIMS yang dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar

Manakala maklumat lanjut berkaitan dengan Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu boleh dibaca di http://www.dph.gov.my/haze/img/guide/Garispanduan%20Jerebu%20Kebangsaan.pdf.


petang ini juga kecil dunia. jumpa si Rasyid, lepas balik DPA 6 bulan, bersemangat nampak jogging di sini. tahniah beb, mana geng2 lain...aku tak nampak pun.

karipap oh karipap

makan karipap ini memang menyelerakan. thanks to kak raja, yg syorkan karipap ini.
alam panggil 'karipap mak murni'




20 January 2009

Mendaki ke Atas

Masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan dalam usaha mendaki ke kemuncak. Nampak begitu mudah sekali, tetapi menguji kesabaran dan perancangan yang teliti. Itu hakikatnya di tahun 2009. Tahun implimentasi semua inisiatif yang telah dirancang terdahulu dengan lebih giat lagi. Walaubagaimanapun semangat berpasukan adalah kunci kepada kejayaan. Terus mendaki sehingga ke kemuncak.

Ekonomi Gawat, Kadar Jenayah Naik

Ekonomi Gawat, Kadar Jenayah Naik
Kosmo - 20 Januari 2009

KUALA LUMPUR - "Naik di antara dua hingga lima peratus."

Itu ramalan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mengenai kadar jenayah ekoran kegawatan ekonomi global.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang percaya kadar jenayah bakal meningkat apabila ramai orang kehilangan pekerjaan.

Lam Thye menjelaskan, antara kes jenayah yang dijangka mengalami kenaikan ialah jenayah melibatkan pecah rumah pada siang hari, ragut dan rompakan.

"Trend jenayah di negara ini kebiasaannya akan naik apabila terdapat kegawatan ekonomi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Walaupun begitu, beliau menyarankan supaya setiap isi rumah lebih menitikberatkan keselamatan diri sendiri, keluarga dan harta benda.

"Pencegahannya amat mudah, jangan wujudkan peluang kepada penjenayah," jelasnya.

Namun di sebalik langkah yang disarankan kepada isi rumah, Lam Thye menegaskan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan merangsang ekonomi negara.

19 January 2009

Pilihanraya Pertama Bagi Tahun 2009

catatan pilihanraya pertama bagi tahun 2009.

Jalan-jalan @ Impiana

jalan-jalan disekitar hotel penginapan sebelum program bermula

ruangan lukisan kanak-kanak

yang ini pula untuk Pakcik dan Makcik. Mari masuk... Kekeke

Keselesaan Ala Kampung @ Impiana

Keselesaan ala kampung di Impiana amat sesuai kepada pengunjung yang inginkan ketenangan sambil melihat ombak memukul pantai. Deruan ombak mengisi kesunyian malam. Sedikit susasana bilik seperti kediaman dikampung.