13 January 2009

Kesesakan Lalu Lintas di Putrajaya

Kepada pengguna yang hendak ke Putrajaya, perlu bersabar dan terus bersabar. Perubahan ke tahun 2009 menyaksikan kesesakan lalu lintas yang agak meruncing. Bagi yang berurusan di jabatan atau agensi di Kompleks E dan Kompleks D, hendaklah membuat pilihan yang terbaik. Sudah pasti tempat letak kereta agak sukar dicari. Walaubagaimanapun, kemudahan awam ada di sini. Kemudahan Park & Ride di Stesen Putrajaya Central dicadangkan sebagai alternatif. Parking disini, kemudian naik bus. Amalan ini masih diperingkat awal pelaksanaan.

Kenapa kesesakan berlaku? Dari pandangan peribadi, penutupan laluan masuk dihadapan Masjid Putra iaitu laluan daripada Presint 2 ke Presint 1 mungkin penyebabkan. Justeru itu, semua pengguna akan beralih menggunakan laluan utama di Presint 1 iaitu round about besar disini.

Diwaktu kemuncak inilah, Polis Trafik memainkan peranan bagi membantu mengawal lalu lintas. Walaupun ia bukan penyelesaian yang terbaik, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu semua pengguna.

Kepada semua pengguna lain, memandulah dengan berhati-hati. Kepada pengguna yang akan menghadiri mesyuarat/bengkel atau berurusan dengan jabatan atau agensi yang terletak di sekitar Presint 1, rancangkan perjalanan anda sebaik mungkin.

Posted by Picasa