30 December 2006

:: Intai-intai 2007 ::

Intai-intai 2007, apa yang akan berlaku. Di doakan sesuatu yang terbaik akan muncul.

Bayang-bayang


Sepetang melihat ikan di kolam diwaktu petang. Bayang-banyang Bangunan Perdana Putra jelas sama sekali.



26 December 2006

Kenangan Seketika

Kenangan seketika, tak semua yang ada akan berkekalan.

Cabaran !!! (Siri Ke-2)

Sambungan Siri Pertama.

“Ikram, ko nak ikut aku tak? Ada gym baru buka ni. Ari ni pembukaan rasmi”, Faiz bersms dengan sahabat baru yang dikenalinya. “Boleh juga”. “Oklah, aku gi ambil ko”. Sebelum ini Faiz dan Ikram pernah berborak-borak di Kedai Kak Mah tentang hajat mereka pada tahun 2007.

Selepas selesai sahaja membayar set hidangan sarapan pagi di De Palma, Faiz terus meluncuri keretanya pulang ke rumah. Macam biasalah, pulang untuk mengambil kamera kesayangannya itu. Dengan susasana gembira, dia terus masuk ke biliknya. “Emmm…..mana kamera aku nie, tak der pun”, Faiz mencari dengan penuh kehairanan. Dia pun terus mencari dimerata-rata tempat, dalam beg laptop, beg baju sukan, beg bekalan makanan, namun apa yang dicari tidak dijumpai. Alangkan sedihnya hatinya. Suasana ceria tadi bertukar menjadi hambar. Hatinya menjadi sedih. Dia mengimbas kembali ‘track’ kehidupannya dua hari lepas. Fikiranya bercelaru seketika. “Mungkin aku tinggal di pejabat”, sangkaan Faiz.
Disebabkan Faiz sudah berjanji dengan Ikram, dia terus membawa kereta menuju rumah kawannya itu. “Aku dah sampai, ko turun ler bawah”, sms Faiz kepada Ikram. Sambil menunggu Ikram, dia mengeledah keretanya. Semua ruang yang ada dilihat dan dicari.


…..apa yang terjadi seterusnya.

Faiz menerima sms pengubat dukanya. “Tak kisah. Kamera tu dengan kawan sekarang tapi kalau kau nak pinjam no hal.? Nak…” Pada masa yang sama Faiz menerima panggilan telefon daripada Doktor T yang bertanya khabar. Terubat luka dihati setelah menerima panggilan dari Doktor T. Almaklumlah Doktor T ini bukannya suka bersms, susah nak dihubungi. Berita ini hanya diketahui oleh tiga orang sahaja , Namzah, Doktor T dan Tan Wah Li.

Cabaran !!!! (Siri Pertama)

Novel Pendek 2006

Penghujung tahun yang penuh dengan cabaran. Takala berehat sambil menikmati secawan kopi bersama-sama roti bakar. Pagi Sabtu biasalah cuti hujung minggu, sudah pasti ramai yang bersantai di kedai-kedai makan. Pada ketika inilah Faiz duduk dihujung meja, di kedai kegemarannya. Membaca majalah 'Maskulin, Takrif Terkini Lelaki Muda', dia membaca ruangan Semak Horoskop 2007.....

"PISCES (20 Februari - 20 Mac), Bintang Anda Bergemerlapan Anda bekerja keras sebelum ini, waktu kerja yang berlarutan ke malam hari di pejabat sehingga menggangu masa tidur anda, dilihat menjejaskan kesihatan diri. Tahun 2007 menjanjikan sinar yang bercahaya dan terus bercahaya. Usaha dan kerja keras anda telah dihidu oleh seseorang dan barangkali ia membawa ke kerjaya baru dalam kehidupan. Oleh kerana banyak perubahan yang berlaku, anda harus menjangka sesuatau yang akan berlaku ke atas perhubungan peribadi anda sepanjang tahun ini. Jangan biar ia mematahkan semangat anda. Bintang anda kian bergemerlapan dan tiba masanya untuk anda mengembangkan pencapaian diri”

“Ohh, andaian ini benar juga. Sama dengan apa yang berlaku pada aku. Emm…boleh dipertimbangkan tapi jangan percaya bulat-bulat. Kitakan beragama Islam”, Faiz memikir sambil tersenyum keseorangan. Tiba-tiba dia terpandang ke tepi jalan. Satu iklan yang menarik perhatiannya, “Gymnasium Baru Dibuka”. “Lepas ni, bolehlah aku gi tengok”. Dah lama Faiz bercita-cita hendak ‘belajar’ guna gym. Maklumlah, gaji bukannya besar, jadi belanja kenalah berpada-pada. Banyak tanggungannya untuk diri sendiri, membayar pinjaman pengajian, simpanan untuk sambung belajar lagi, sedikit perbelanjaan ibubapa dan anak saudara kesayangannya yang Faiz jaga semenjak lahir. Berkat kesabaran hampir setahun mengumpul wang, dia pun berazam bagi tahun 2007 untuk menjaga kesihatan. Jikalau kesihatan terganggu, ia akan menjejaskan kerjayanya.

22 December 2006

:: Terima Kasih Semua ::


Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera,


Untuk anda semua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana memberi sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi epanjang tahun 2006. Banyak pengalaman manis, pahit, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya. Apa-apa pun Alam ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua.

Mungkin kita merancang sesuatu yang terbaik, tapi ALLAH yang menentukan segalanya. Setiap sesuatu yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Ia akan menjadi satu pegalaman dalam hidup ini. Alam bersyukur atas apa yang berlaku.


Terima kasih kepada Mr. Scooter, one of the top 10 software engineer in the Malaysia. Tuan telah mengubah cara hidup saya kepada yang lebih baik. Berkenal secara online telah mengajar
erti kehidupan yang lebih baik. Terus terang saya katakan, dulu hidup saya agak teruk sikit (nakal-nakal banyak) kemudian Tuan telah memberi idea yang baik untuk digunakan. Insyallah, nanti jika berkesempatan kita jumpa. Batasan kerjaya dan masa tidak mengizinkan untuk berjumpa. Walaubagaimanpun, masing-masing mempunyai blog, jadi bolehlah baca. Insyallah, may be one day saya leh jadi photographer yang lebih bagus. Sekali berjumpa 'sebutir mutiara,banyak manfaat yang boleh diambil'. Saya belajar dan rakamkan dalam Alam Setia.

Tidak dilupakan kepada Pakcik Wahdi. He he he ...biler nak belanja? Pakcik, tengkiew guide Alam cara nak buat blog. Ilmu pertama yang Pakcik ajar sevara online. Dah terhasilkan blog Alam Setia. Buat Doktor DBI
terima kaish juga kerana telah membantu Alam dalam menyediakan blog ini. Secara online juga, ilmu dibelajar. Sakit pun boleh tanya jugak.

Kepada Kak Ita and the geng, tima kasih kerana sepanjang tahun 2006,banyak masak untuk Alam. Macam tahu-tahu jer, Alam balik lambat. Makan pun disediakan. Kepada Kak Ju dan penggantinya Yati, tima kasih juga untuk makan petang.

Untuk sahabat-sahabat dan kawan-kawan,Apa yang penting, kita berkawan bukan kerana wang, XXX, tetapi kita berkawan dan berkenalan kerana Allah. Itu adalah yang terbaik. Jika kita mempunyai ilmu, tak salah jika kita berkongsi bersama-sama. Ilmu yang dimanfaatkan akan kekal sehingga ke akhirat.

Jadi untuk Tahun 2007, Alam menyeru kepada semua rakan-rakan seopis, cubalah kita mengubah hidup kita kepada yang lebih baik,sehari demi sehari. Pagi datang punch card, petang balik. Fikirlah apa yang kita laksanakan setiap hari dipejabat. Adakah berbaloi dengan gaji yang dibayar? Mengapa kita menyalah orang lain, jika menerima arahan? Mengapa kita menanggap tugasan yang diberi sebagai satu beban? Mengapa kita tidak mahir dalam bidang kita sendiri? Sedangkan itu yang termasuk dalam senarai tugasan kita? Mengapa kita tidak bercita-cita menjadi seorang yang expert dalam bidang masing-maisng? Mengapa jika hanya menunggu arahan sahaja? Mengapa kita gagal memberi idea bila diperlukan? Apa-apa pun biarlah Tahun
2006 menjadi landasan untuk kita kearah yang lebih baik di Tahun 2007.

Pernah dikecewakan dan pernah mengecewakan

Mungkin ada kesilapan kita dalam perhubungan. Semuanya satu kenangan. Kepada insan yang pernah Alam kecewakan, maafkan Alam bukan sengaja tapi masing-masing ada hati dan perasaan. Jika Alam yang bersalah, maafkan Alam. Kepada insan yang pernah mengecawakan Alam, tak mengapa. Itu suratan takdir. Nak marah tak guna, sudah menjadi sejarah. Sebelum jumpa, kita sms & telefon, selepas jumpa, terus menyepi. Sedihlah juga, tapi apakah daya. Siapakah mereka???

Pengurusan Masa

Untuk semua, pengurusan masa adalah sesuatu yang penting. Untuk semua,diharapkan Tuhun 2007, kita akan lebih berjaya dalam usaha pengurusan masa. Baru semua yang dilaksanakan kita akan berpuasa hati. Jika kita puas, semua orang akan turut sama.

Selamat Bercuti

Alam ingin mengucapkan Selamat Bercuti hujung tahun. Alam akan kembali bertugas pada 8 Januari 2007. Sila hubungi Alam di hp eik. Kedua-dua nombor boleh digunakan. Jika tak ader jawapan, antar sms k. Kepada raka-rakan yang menyambut Krismas, Selamat Menyambut Hari Krismas 2006. Dan kepada umat Muslimin, Salam Aidil Adha. Kepada adik-adik yang akan memasuki persekolahan, Selamat Berlajar. Emm.....Atif, kenapa tak nak gie tadika.
Aduh
pening kepada nie cammana nak pujuk...

Akhir sekali, Alam ingin memohon jutaan terima kasih untuk anda semua. Maaf jika terkasar bahasa dan tersalah kata.

Selamat Bercuti Hujung Tahun

Zulhijjah


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a

berkata:Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati). Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.

Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

1 ZULHIJJAH

kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH

doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.


3 ZULHIJJAH

doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH

Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH

Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH

Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH

pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH

Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH

turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH

adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

20 December 2006

Khas Untuk KeKKWa

Khas untuk KeKKwa, thanks call tadi. Keep in touch.

Lepak-lepak


Lepak-lepak dengan Mr. Zamri yang datang rumah. Ah ha, tak jadi ler dia balik. Lagi pun dah lewat sangat, jadi dia pun tido ajer dirumah kitorang. Sorry ler bro, rumah selerak sikit. Tak sempat kemas. Nantiler cari Bibik Indon nak suruh dia cuci rumah sikit. he he he.

Ukiran Senyuman

Apa-apa pun yang berlaku, sesibuk mana kita di pejabat, kita hendaklah pandai menguruskan masa @ time management sesuatu yang amat penting. Segala cabaran pasti kita dapat tempuhi. Tapi apa yang kita impikan tak semunya akan tercapai. Betul tak? Yang penting kita berusaha dan berani menempuhinya. Senyuman kadang-kala dapat mengubat rindu sesorang. Jika bermasam muka, aduh sedihnya bila dipandang dan tak maniskan....Jadi lontarlah senyuman anda untuk mereka yang ada disekeliling. Jangan berlebih-lebih cukuplah.

Dimensi With....

Dah lama ruangan Dimensi With tak diudarakan. Macam radio pulak. Kali ni, ruangan Dimensi With...kROLL. Siapa dia eik..? he he he he. Datang opis dia akan sms, "Mana bro?"...."tak nampak pun..." Tadi pun dia datang opis. Minggu ni, dah 2 kali. Aduh sibuknyer En kROLL ni.
Apa-apa pun Selama Tahun Baru 2007


18 December 2006

Senyuman Jiwa Ragaku

Setahun demi setahun, pelbagai yang dihadapi. Menghadapi cabaran yeng penuh dengan dugaan itu, dapat mendewasakan kita. Ia akan menjadi satu pengalaman yang beharga untuk masa depan. Untuk itu, inilah senyuman jiwa ragaku.

Air, Bunga & Ketenangan

Beberapa koleksi gambar yang diambil semasa dalam perjalanan pulang ke Putrajaya.

Aku Dah Bersedia

Kini aku lebih bersedia menghadapi Tahun 2007. Satu perancangan strategik sudah siap. Tunggu masa jer untuk dibentangkan. Tima kasih bos. Aku akan buat yang terbaik untuk 2007.

sepetang@tasik UNITEN

Koleksi sepetang di Tasik UNITEN

17 December 2006

Time With Atiff

Meluangkan sedikit masa bersama Atiff. Lama tak jumpa. Nanti cuti baru bertemu semula. Jangan nakal-nakal.

....perjalananku

Perjalanan menuju ke satu destinasi.