30 November 2008

thanks to my friend, fotographer sorang ni. sorrylah beb, aku bukan reti nak posing-posing pun. lokasi sekitar Putrajaya. sebahagian gambar yang ini lah...






Sesi Fotografi











Alice's House ungguli KLIFF '08

Oleh YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Filem Alice's House diumumkan pemenang anugerah tertinggi, Filem Terbaik Keseluruhan pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 2008) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Filem Terbaik Amerika Selatan arahan Chico Teixiera itu menewaskan empat calon lain iaitu filem Captain Abu Raeb, Divizionz, Fugutive Pieces dan Darling, yang sebelum itu masing-masing mengungguli kategori Filem Terbaik Asia, Filem Terbaik Afrika, Filem Terbaik Amerika Utara dan Filem Terbaik Eropah.

Dengan kemenangan itu Alice's House menerima wang tunai RM20,000, trofi dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal.

KLIFF 2008 menyaksikan 22 filem yang disenarai pendekkan daripada keseluruhan 191 buah filem dari benua Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Eropah bertanding dalam lebih 20 kategori yang dipertandingkan.

Selain anugerah tertinggi tersebut, festival yang berlangsung penuh gilang-gemilang dan dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibraham itu turut mempertandingkan kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik, Sistem Bunyi Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Wakil tunggal Malaysia, Wayang arahan Dr. Hatta Azad Khan yang juga antara lima filem dalam kategori Filem Terbaik Asia bagaimanapun gagal menang melainkan Anugerah Khas Juri.

Sementara trofi Pengarah Terbaik menjadi milik Yer! That's Us daripada filem Divizionz.

Alam @ KLIFF 2008

terima kasih untuk tiket ini. kalau tak tak sampailah Majlis Penutup KLIFF 2008. diharapkan filem Malaysia akan terus berjaya di tahun akan datang





Posted by Picasa

28 November 2008

emmm...minggu ini

banyak kerja minggu ini. macam-macam terjadi dan aktibar yang boleh diambil.

1. bersedia

bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang akan ditempuhi. jangan telatah atau melenting. bersedia hadapai sebarang kemungkinan yang memerlukan kita banyak bersabar. sentiasa bersedia dan banyak inisiatif dan idea baru.

2. bersabar

bersabar walaupun banyak dugaan yang dihadapi. apa-apa pun, jika kita sama-sama melenting, sama bodohlah jadinya. hendak belajar erti bersabar, bolehlah belajar daripada bos-bos kita. bagaimana seorang bos mendengar luahan/pandangan daripada ahli pasukannya? ada yang baik dan ada yang kurang. tetapi mereka bersabar dan mengatur langkah yang strategik bagi menyelesaikan sebarang masalah/cabaran

3. keputusan yang tepat

ada kalanya kita perlu membuat keputusan secara terus. yang pasti ambil kira semua kemungkinan yang akan dihadapi jika keputusan tersebut dibuat. usah takut, yakin pada diri sendiri dan tetapkan pendirian anda

4. muhasabah diri

bermuhasabah diri dapat meningkatkan keyakinana diri. bagi Alam sebaiknya selepas solat Maghrib. mencari ketenangan sebelum masuknya waktu Isyak.


petang ini sempatlah update blog sekejap. lepas solat Jumaat

Posted by Picasa

macam-macam ...

macam-macam member aku nie. tengah aku dgn bos explain pada visitor, sempat lagi diorang berlakon posing. kejap ada kejap tiada...




Posted by Picasa

hanya untuk seketika

aku gembira dapat bertemu. walaupun hanya untuk seketika. masing-masing sibuk dengan kerjaya dan aktiviti. walaupun berpeluang berborak hanya untuk seketika di hari Jumaat, aku tetap bersyukur. alhamdulilah

24 November 2008

lebih baik begitu

lebih baik tidak berkata apa-apa daripada menjadi satu isu yang akan dibangkitkan

hanya mereka sahaja yang tahu.

aku akan terus 'Cool'

Posted by Picasa

22 November 2008

Michael Jackson Peluk Islam

petikan daripada Berita Harian

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi

bincang-bincang

bincang-bincang lagi....
masih tunggu nak siap slaid




Posted by Picasa

Perbincangan

semua orang datang ke opis untuk penyediaan bahan taklimat untuk Star Rating.
pergh.....seharian di sini.

Posted by Picasa

21 November 2008

belasah cukup-cukup

belasah cukup-cukup makan nasi ayam sehingga kenyang. bersyukur....



Posted by Picasa



Posted by Picasa

18 November 2008

tak tahu nak kata apa

tak tahu apa nak dikata...

"kenapa dah lama tak update blog? akak tengok macam ada sesuatu ajer?"

entahlah, tak tahu apa nak dikata. tak tahu, banyak yang hendak diupdate. tapi takutlah pula orang kata macam-macam. biasalah manusia, tak semua yang boleh melihat orang lain. inikan my blog, jadi saya berhak nak update apa-apa pun. kalau yang tersinggung itu, telah ajer lah.

malam ni, jalan-jalan gi makan di JJ Seri Kembangan. lepas balik dr gym terus ke sini.




"ko nampak serius aje. satu team korang ke sana, ke sini, itu ini"

entahlah, tak tahu apa nak dikata. macam-macam yang berlaku. dengan vendor yang buat hal. cakap tak serupa bikin. sorry ler ya, aku dah tak layan korang punya sms lagi. hang pa tok sah dok tanya aku. kalu bos projek team aku tak cakap, bos besar aku cakap nanti. aku rasa bos aku dah cukup baik dan bertolerensi. tapi vendor masih bengong lagi. nanti kalau dalam progress meeting, siap lah jawapannya. nak kena serangan aku, tunggu.

balik rumah sambil dengan housemate tengok tv, kitorang belasah makan kismis. sedap gak kismi ini.


dan tak lupa juga, beraneka jenis kacang2. macam orang balik Haji ajer.



"you tahu tadi I pergi check, darah I naik. diorang suruh I berehat"

entahlah, tak tahu apa nak dikata. darah naik ker? la....rehat lah dulu. apa yang aku belajar, ia menjadi motivasi pada diri aku. kalau bos aku masih mampu untuk melaksanakan tugasan dan amanahnya, kenapa aku tidak boleh. apa pun, dia masih berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik. aku ingin ucapkan TAHNIAH untuk kalian semua atas anugerah yang kita semua kecapi semalam "Bahagian Terbaik" bagi tahun 2008. kesemua ini hendaklah kita kekalkan, Isnyallah


"ko kena pergi esok, kalau ko tak pergi kitorang tak tahu nak jawab"

entahlah, tak tahu apa nak dikata. aku kena pergi juga. aku dah berjanji pada bos yang aku akan laksanakan semuanya dengan lancar sebelum aku bercuti panjang. walaupun lama lagi aku akan bercuti panjang, tapi due date projek Jun 2009. pelaksanaan mengikut fasa kena disempurnakan. okalah geng, korang set tarikh untuk aku, aku pergi. remind aku agar aku tak lupa.

notebook aku dan camera aku dah tak gerak lagi. dok atas meja. malam ni aku update lah blog aku.

Posted by Picasa

16 November 2008

sepetang disini....

jalan-jalan disini juga. dah hampir nak siap. berapa lama ia dibina?



sepetang...

hari ini sepetang jenjalan di taman pinggiran tasik Putrajaya. lama tak rasa relex-relex macam ini. malas nak fikir tentang kerja. seharian hari ini, settle perkara-perkara tertungguk. sana, situ, sini... akhirnya selesai jua




Posted by Picasa