28 November 2008

emmm...minggu ini

banyak kerja minggu ini. macam-macam terjadi dan aktibar yang boleh diambil.

1. bersedia

bersedia menghadapi apa sahaja cabaran yang akan ditempuhi. jangan telatah atau melenting. bersedia hadapai sebarang kemungkinan yang memerlukan kita banyak bersabar. sentiasa bersedia dan banyak inisiatif dan idea baru.

2. bersabar

bersabar walaupun banyak dugaan yang dihadapi. apa-apa pun, jika kita sama-sama melenting, sama bodohlah jadinya. hendak belajar erti bersabar, bolehlah belajar daripada bos-bos kita. bagaimana seorang bos mendengar luahan/pandangan daripada ahli pasukannya? ada yang baik dan ada yang kurang. tetapi mereka bersabar dan mengatur langkah yang strategik bagi menyelesaikan sebarang masalah/cabaran

3. keputusan yang tepat

ada kalanya kita perlu membuat keputusan secara terus. yang pasti ambil kira semua kemungkinan yang akan dihadapi jika keputusan tersebut dibuat. usah takut, yakin pada diri sendiri dan tetapkan pendirian anda

4. muhasabah diri

bermuhasabah diri dapat meningkatkan keyakinana diri. bagi Alam sebaiknya selepas solat Maghrib. mencari ketenangan sebelum masuknya waktu Isyak.


petang ini sempatlah update blog sekejap. lepas solat Jumaat

Posted by Picasa

2 comments:

axim said...

selamat berhujung minggu:)

CAHAYA said...

melatah tu perkara biasa. kalau tak melatah, rasa macam tak alive gitu. tapi, asalkan tahu kembali ke jalan itu. Alhamdulillah!