10 December 2010

Jumaat @ Masjid Tuanku Zainal Abidin

Alhamdulilah, selesai solat Jumaat 3 Muharram di Masjid Tuanku Zainal Abidin. Ramai semasa di musim cuti sekolah. Cuaca pada hari ini, cerah tak panas dan tak hujan. Alhamdulilah.



Diedarkan waktu solat tahun 2011 bagi Wilayah Persekuuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terima kasih sumbangan PPZ Wilayah Persekutuan.




Tazkirah Jumaat : 10 Dis. 2010 (3 Muharram 1432H)

MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM, CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEKETIKA

Dari : http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM


Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. (Riwayat Imam Muslim)

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.


http://al-fikrah.net/News/article/sid=344.html

CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEKETIKA

SUBHAANALLAHI WABIHAMDIH


Diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat-sahabat baginda: katakanlah: Subhanallahi wabihamdih … seratus kali, dicatatkan untuknya sepuluh kebaikan. Sesiapa yang menyebutnya sepuluh kali, dicatatkan seratus. Sesiapa yang menyebutnya seratus kali, dicatatkan untuknya seribu. Sesiapa yang melebihkan, maka Allah akan menambah untuknya.

LAA KHAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAH

Anda boleh menyebut lebih dari 40 kali.

“Lahaula wala quwta illa billah adalah daripada khazanah syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa).

Dalam riwayat yang lain terdapat penambahan: Sesiapa yang menyebutnya, nescaya Allah memandang kepadanya. Sesiapa yang Allah pandang padanya, nescaya Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat kepadanya.”

Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Jabir dengan lafaz: Lahaula wala quwta illa billah adalah penawar untuk 99 penyakit, yang paling mudahnya ialah dukacita.

http://1khalifah.wordpress.com/2010/04/15