31 December 2008

Ampian Baru, Harapan Baru

dah capai cita-cita tahun 2008. pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2009. cepat masa berlalu, banyak yang berlaku sepanjang tahun 2008. ada yang manis, pahit, masam, pedas dan sebagainya. apa-apa semuanya telah menjadi sejarah.

tahun baru, azam baru, impian baru, cita-cita baru. kita tetapkan dan berusaha untuk mencapainya. Insyallah, doa dan usaha serta kesabaran akan membuahkan hasilnya.

Selamat Tahun Baru 2009


30 December 2008

Lunch @ Taman Warisan, Putrajaya

Nasi Ayam @ Taman Warisan
kesempatan diambil untuk makan tengahari di Taman Warisan Putrajaya. Emmmm, sedap makan nasi ayam disini. salah satu menu popular di taman ini. kalau nak makan diwaktu tenghari, kenalah awal sedikit. kalau tidak penuh tempat duduk. lelaki booking tempat, perempuan beli makanan. alhamdulilah, kenyang sikit. siapa nak cuba makan disini, jemputlah. selain daripada nasi ayam, ada juga beraneka jenis sup. kena sabar beratur disini.

Tahniah Kepada Calon-calon PMR

Gred A PMR Meningkat

PUTRAJAYA: Seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 peratus tahun lalu dan 4.83 peratus pada 2006.

“PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 peratus,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar manakala GPMP mata pelajaran Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Selasa 30 Disember 2008

Maal Hijrah

gambar di sekitar Putrajaya

29 December 2008

Harapan, azam 1 Muharam 1430

Kehadiran 1 Muharam 1430 H
akan memberi sinar baru dalam kehidupan,
Insyallah.

25 December 2008

Selamat Hari Natal

Kepada semua penganut agama Kristian, Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Natal. Cuti sehari hari ini digunakan sebaik mungkin. Sebelah petang, keluar jap temam member gi makan. Dia tak dapat balik untuk meraikan Hati Natal, sebab jauh perjalanan. Kitorang gi Alamanda sahaja. Aduh, penuh parking kereta disini. Tak pernah tengok semua penuh. Pergi makan di Burger King, makan. Kemudian beli donat sikit tapau bawa balik.

macam-macam

banyak betul yang berlaku sepanjang minggu ini. emmm, nak kata seronok tak seronok sangat, nak kata benci tak lah benci sangat, nak kata bosan tak bosan sangat. cuma semua perlu dihadapi sebaik mungkin. hari ini tak sama dengan esok, esok belum pasti apa akan berlaku.

minggu ini sahaja, banyak sangat soalan, kenapa itu kenapa ini, alamak...pening kepala aku nak explain. aku terus senyum dan menerangkan satu persatu walaupun aku dah nak marah. ada tikanya aku bersuara kuat. paham2 sahaja, kalau aku tak puas hati, aku direct sahaja cakap. mana tak marah, kasi arahan jam 12.55 dan pukul 2 dah nak tengok siap. lantak apa nak jadi, bos tanya aku buat selamba aje. bos tahu cara aku kerja.

ada kalanya aku heran, kalau nak dibuat pembetulan atau penambahan, buatlah. tak perlu nak kecoh2. ubah sahaja selepas itu maklum pada bos. jangan cerita tak puas hati, tapi tak berani nak buat. ala, takkan lah tak kenal lagi cara bos kerja macam mana. buatlah penambahbaikan kemudian maklum sahaja. satu tindakan pasti ada sebab musababnya.
biasanya kalau aku rasa tak betul, aku terus tukar. kemudian lihat hasilnya dan maklumkan tindakan itu pada bos. janganlah nak takut.

setiap petang aku teruskan kerja aku, sediakan dokumen yang diperlukan.

Posted by Picasa

LAGU AKAN TIBA

Hey hati ku..
Selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini

Am Em
Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

C/o
Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi

Written By: Amylea
Lyrics By: Amylea

22 December 2008

Semarak Hadhari 2008

Antara aktiviti yang dijalankan untuk Program Semarak Hadhari 2008 di Putrajaya







Pertandingan Sukan Ekstrem 2008

Antara aktiviti hujung minggu ini yang dijalankan di Putrajaya...Lepak kejap tengok games ini.

Best nie..


Aksi...


Jom tengok !!!


14 December 2008

Lapangkan Masa.....

Bagi yang berkelapangan, dijemput ke majlis ilmu.

Hujan @ Putrajaya

Hujan di Putrajaya daripada jendela bilik. Hujan petang menyejukkan suasana.



12 December 2008

Buat Sesuatu

'I nak u buat tindakan segera'


Sekembali daripada bercuti Raya Haji pada hari Khamis yang lepas. Satu arahan diterima. Satu ayat tetapi mempunyai banyak makna yang tersirat di dalamnya. Insyallah, Alam dan rakan-rakan sepasukan akan bertindak seberapa segera untuk perancangan tahun 2009.


Adakah akan berlaku satu perubahan?

07 December 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam.
Bermula dengan suatu pengorbanan akan membuahkan satu kejayaan.
Insyallah.



Pulang Beraya

Penerbangan seawal jam 7.15 pagi memang memenatkan. nak buat camana, itu ajer tiket yang mudah. aku hendak abiskan cuti tahunan aku yang berlambak itu. tolak sini tolak sana, masih ada baki banyak lagi. Parking kereta di ERL, terus aku ke KLIA. Selamat bercuti, Salam Aidil Adha.






04 December 2008

Scandal

lebih baik menyendiri di sini daripada ditimbulkan isu-isu yang lebih hebat.

03 December 2008

Jom Isi Minyak Kereta !!!

Turun 10 sen lagi

Oleh ZULKIFLI JALIL

www.utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

‘‘Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata beliau.

Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

Usang

lama, klasik, usang tetapi ia penuh dengan sejarahnya sendiri.

01 December 2008

Wukuf di Arafah Ahad ini

MAKKAH: Tarikh Wukuf di padang Arafah ditetapkan pada Ahad ini, 7 Disember dan Aidiladha di Tanah Suci disambut pada Isnin, 8 Disember.

Pengumuman tarikh Wukuf dan Aidiladha itu dibuat Majlis Tertinggi Kehakiman Arab Saudi.

Akhbar harian Arab memetik laporan yang disiarkan menerusi Saudi Press Agency (SPA), bahawa Majlis itu dalam kenyataan berkata Sabtu (29 November) ialah 1 Zulhijjah, dan tiada hari ke 30 dalam Zulkaedah “kerana majlis tidak menerima sebarang laporan anak bulan kelihatan”.

Sementara itu, beratus ribu jemaah berkumpul di bandar suci ini, termasuk lebih 20,000 dari Malaysia yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tiada angka rasmi diumum sehingga kini mengenai jumlah keseluruhan jemaah musim ini tetapi dianggar kira-kira tiga juta jemaah akan berkumpul di padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer persegi, kira-kira 22 kilometer dari sini.

Ahmad Zahid yang melawat beberapa penempatan untuk jemaah Malaysia hari ini menasihatkan mereka supaya menjaga kesihatan agar mereka boleh mengerjakan wukuf dengan sempurna, yang merupakan kemuncak ibadat haji.

Pegawai Tabung Haji berkata agensi itu telah membuat persiapan untuk pergerakan secara berperingkat kira-kira 26,000 jemaah Malaysia ke padang Arafah Sabtu ini dengan bas yang diatur oleh agensi haji Arab Saudi, Muassasah. - Bernama

Suruhanjaya Tenaga

pagi ni di Suruhanjaya Tenaga. emmm, separuh hari atau sehari bergantung kepada keadaan. harap-harap semuanya baik-baik belaka.