29 June 2008

untuk pembasmian kemiskinan


Bersantai @ Lanai, Putrajaya

bersantai suasana awal pagi @ Lanai, Putrajaya. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kerja disamping menikmati keindahan alam sekitar dan ketenangan tasik Putrajaya






26 June 2008

...al-kisah

macam-macam yang hendak diperkatakan. hati manusia, siapa yang tahu. perasaan iri hati, dengki, tak puas hati kadang kala akan menghantui diri. jika semangat tidak kuat, tindakan yang negatif akan diambil. apa yang penting, kita hendaklah bersabar dan menguatkan semangat. ada kala terfikir sejenak, kenapa perkara ini perlu berlaku? adakah dengan melaksanakan perkara negatif ini, hati anda akan puas? pasti satu ketika nanti, keinsafan akan lahir dengan sendiri. pada ketika itu, kita akan menyesal diatas perbuatan kita.

23 June 2008

Minyak Dah Naik...Jom Naik Bus

minyak dah naik....tunggu apa lagi. Jom naik BUS di Putrajaya.Cuma kena bangun awal sikit.


SMS tipu: Lapor segera kepada MyCERT

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan tawaran hadiah lumayan diminta melaporkan segera ke Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Siber Malaysia (MyCERT) di talian 03-89926969 atau SMS 019-2813801.

Ketua Krisis dan Komunikasi Korporat Cybersecurity Malaysia, Mustaffa Ahmad menyarankan demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin berkaitan wang dalam akaun simpanan di bank lesap angkara sindiket jenayah siber.

Katanya, tindakan pantas menghubungi jabatannya mampu membantu mereka daripada menjadi mangsa sindiket yang semakin menjadi-jadi sekarang ini.

Jelas beliau, jenayah seumpama itu banyak melibatkan kemudahan perbankan internet yang semakin mendapat tempat di kalangan masyakat celik komputer.

"Penjenayah siber biasanya menumpukan sasaran kepada pemegang akaun yang tidak pernah mengaktifkan kemudahan perbankan internet sebagai mangsa terhadap kegiatan mereka.

"Terlebih dahulu, sindiket ini akan menghubungi mangsa supaya mengaktifkan perbankan internet sebagai kemudahan mangsa bagi menyemak akaun," katanya ketika dihubungi semalam.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

..cuaca...

bagaimana cuaca hari ini. sambil memandu dan buka tingkat. apabila nikmati udara pagi, rasanya lain sahaja. alam dalam minggu ini, cuaca mulai berjerebu. angin pagi yang sepatutnya nyaman, rasa lain sahaja. pagi dihujung minggu, turut begitu. cuba anda keluar pada jam 6.30 pagi. emm...mungkin di sini shaja agaknya.

- selamat bekerja untuk semua -

20 June 2008

Diskaun AirAsia untuk sektor awam

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Lebih sejuta kakitangan kerajaan menikmati diskaun tambang 20 hingga 30 peratus ke mana-mana destinasi dalam negara atau serantau melalui syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Bukan setakat itu, Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar berkata, mereka juga akan diberi layanan lima bintang apabila mendapat keutamaan untuk berlepas, hidangan makanan serta pendaftaran sebuah bagasi percuma.

Aziz menambah, semua keistimewaan itu adalah khusus untuk kakitangan awam yang mendaftar menerusi Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dan tawaran itu sudah pun bermula baru-baru ini.

Bagaimanapun, ia hanya sah bagi urusan tugasan rasmi sahaja yang menggunakan pembayaran waran perjalanan kerajaan.

"Tujuan kita ialah menggalakkan lebih ramai kakitangan kerajaan memilih AirAsia sebagai syarikat penerbangan pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara AirAsia dan Persatuan Syarikat Pengembaraan dan Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) di sini semalam.

Suntikan tambahan RM100 juta tingkat pengangkutan awam

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 19 Jun – Kerajaan memberikan suntikan tambahan sebanyak RM100 juta ke dalam Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam sekali gus menjadikan dana keseluruhannya kini berjumlah RM300 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, dana tambahan itu akan digunakan bagi memberi pinjaman mudah kepada pemilik teksi individu untuk membeli teksi dengan kadar faedah antara empat hingga enam peratus.

Menurutnya, langkah itu sejajar dengan cadangan kementerian untuk membenarkan semula pemberian permit teksi individu yang keputusannya akan ditentukan oleh Kabinet pada mesyuaratnya minggu depan.

‘‘Langkah pemberian semula permit teksi individu sebelum ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai pengangkutan awam yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi kalau dah lulus nanti, para pemegang permit teksi individu yang sedia ada boleh terus menyambung (permit),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian surat tawaran kelulusan (STK) kepada lebih 100 pengusaha kenderaan perdagangan di kementeriannya di sini hari ini.

Permohonan permit teksi syarikat dan individu telah dibekukan sejak 10 September 2004 dan hanya permohonan dari koperasi diluluskan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.


Menurut Noh, penambahan permit teksi individu tersebut adalah bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengangkutan awam memandangkan jumlah teksi yang sedia ada tidak mencukupi.

Beliau menjelaskan, Lembah Klang memerlukan 3,000 buah teksi lagi bagi menambah bilangan sedia ada sebanyak 21,000 buah iaitu dengan nisbah sebuah teksi bagi 500 orang penumpang.

“Tetapi setakat ini sudah ada 10,000 borang permohonan telah dibeli meskipun Kabinet belum membuat keputusan,” katanya.

19 June 2008

...maafkan aku.

- maafkan aku -


maafkan aku jika terlalu ada yang terguris. mungkin ada yang menceritakan perkara yang tidak seharusnya, mungkin ada yang berdengki, mungkin ada yang mencemburui. kenapa perlu semua itu. kenapa perlu dengar dari pihak lain, sedangkan tidak berani bertanya pada aku. dia macam ni, dia macam tu, dia tu penting, semua dia boleh. HAMPEH !!!! aku heran, aku pelik, orang yang ko tanya itu pun amat jarang sekali bertemu dengan aku, boleh dikira dengan jari. aku pasti dan yakin apa yang aku lontarkan adalah pandangan dari aku. kadang kala ia bersifat negatif.... tapi haruskah aku memuji sentiasa. itu baik, itu hebat, itu tak boleh, ini tak boleh. apa-apa pun aku mohon kemaafkan jika kata-kata itu terlalu menguris hati. baru aku tahu....kisah disebaliknya. kenangan dahulu aku hargai dan aku hormati. itulah yang menyebabkan aku memaafkan dirimu.

18 June 2008

sepetang....

sepetang di Lanai, Putajaya.

17 June 2008

dah selasa dah

dah selasa dah. banyak perkara perlu disiapkan.

16 June 2008

jalan-jalan @ Laman Bunga Raya

singgah sebentar menikmati pemandangan kehijauan di Laman Bunga Raya.








14 June 2008

sabar...

dalam kehidupan ini, kita hendaklah banyak bersabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.

12 June 2008

Senja...

catatan suasana Senja pabila pulang daripada kerja.



08 June 2008

hujung minggu ahad

dihujung minggu ini. semalam hujan lebat. sejuklah ari nie. alhamdulilah dah nak siap gak kerja nie.

..makan-makan-makan...

lapar siot. cafe manalah buka dihujung minggu ini. apa lagi KFC lah yg paling mudah sekali. jom makan dan makan dan makan. jangan lupa org lain ya. en amir, bad, shahrul, kak ari dan rakan-rakan lain. selamat menjamu selera.







semua diarahkan bekerja hujung minggu ini. next week jangan lupa bowling.

07 June 2008

....sabtu bekerja

sabtu minggu ini kena bekerja untuk siapkan nota mesyuarat pada isnin depan. alam bersyukur pada Allah kerana proposal kali ini sudah dipersetujui oleh pengurusan. next step untuk dibengtang for budget. alhamdulilah. puan pun dah gembira. to my team, cabaran yang lebih mencabar akan muncul. tunggu

03 June 2008

...bersama...

makan bersama .....tahniah buat Kak Pau yang dinaikkan pangkat. tak kisah dimana akan ditempatkan, tetapi satu usaha yang berterusan dalam kerjaya. manakala CC pula, selamat maju jaya di tempat baru. terima kasih kerana selama ini banyak membantu Alam. selamat maju jaya kepada kalian semua. dapat juga, kita makan bersama.










makan-makan....







- alhamdulilah-

02 June 2008

....kisah dan kisah.....



macam-macam hari ini. banyak berita entah betul @ tak? memang alam tak lari dari gosip yang entah darimana datangnya. aduh...nak gelak jadinya. apa-apa pun alam still macam dulu. tak ke mana-mana pun. ada disini. insyallah, selagi diizinkan Allah, alam nak selesaikan projek yang sedang dijalankan pada masa ini. walaupun, dengar-dengar cerita nak ke projek baru, hanya alam dan bos sahaja yang tahu. ini cabaran terbaru tahun ini. kepada yang berkata 'you ni pegawai khas bos you ker?'. iskk...mana ada, itulah yang disapa oleh mereka yang hadir ke meeting WGEI. alam sama seperti kawan-kawan yang lain. gelak hati bila mendengar. apa-apa pun 'melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan'. cuma nasihat alam kepada yang masih tidur @ menunggu arahan 'cubalah bangkit dari dunia khayalan kalian'. jika hari ini kita melaksanakan perkara ini, hari seterusnya buatlah penambahbaikan. jangan masih seperti itu. dulu pun begitu, sekarang pun begitu. masih menunggu arahan? aduh....