15 January 2009

Amanah Diberi, Perancangan Diatur, Tanggungjawab Dilaksana

Penatnya masih terasa sehingga ke hari ini. Amanah diberi, perancangan diatur, tanggungjawab dilaksana. sesi latihan telah disempurnakan. 3 hari berturut-turut bermula Isnin sehingga Rabu manakala persediaan pada hari sebelumnya iaitu Ahad. Secara keseluruhan berjaya walaupun masih banyak penambahbaikan boleh ditingkatkan pada masa akan datang.

Kepada tenaga pengajar dan fasilitator ini antara beberapa perkara yang perlu diambilkira. Walaupun kalian masih baru, itu satu pengalaman yang bermakna untuk kerjaya pada masa akan datang. Antaranya :-

a) Sediakan senarai semak program yang meliputi tindakan sebelum, semasa dan selepas program
b) Nyatakan perkara berikut perlu dilaksanakan dan siapa yang akan bertanggungjawab
c) Diakhir program, adakah sesi brainstorming untuk berbincang isu-isu yang berbangit sepangjang program dan tindakan penambahbaikan segera
d) Sediakan laporan/ulasan seberapa segera dan tindakan yang perlu diambil

Selain daripada itu, tenaga pengajar dan fasilitator hendaklah sentiasa berinteraksi dengan peserta agar sesi latihan lebih menarik dan tidak membosankan. Penyediaan bahan latihan dan yang berkaitan adalah penting untuk menjadi panduan dan rujukan.

Kepada semua ahli pasukan, terima kasih diatas komitmen yang diberi. Bersedia untuk sesi yang akan datang. Terkasar bahasa, tersalah bicara, terlebih kata anggaplah sebagai motivasi untuk melaksanakan yang terbaik. Tahniah untuk anda semua.

Terima kasih kepada pasukan juruteknik yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang berkaitan dengan ICT, pengendali bilik latihan bagi kemudahan bilik ini, pasukan Call Centre yang menjawab pertanyaan yang berkaitan, pasukan pentadbiran yang menyediakan kemudahan alat tulis, pasukan tenaga pengajar dan fasilitator yang menyediakan bahan latihan, pasukan projek yang membantu keseluruhan.

Keesokan harinya tugasan masih diteruskan. Persiapan untuk Sesi Handholding di agensi dibuat sebagaimana yang dijadualkan. Untuk pasukan Handholding, laksanakan yang terbaik. Yakin kalian boleh !

Seperti kebiasaannya, di awal tahun bengkel Perancangan Strategik akan dijalankan. Emm, tahun ini terlibat lagi. Bermula daripada tahun 2006 sehinggalah ke tahun ini. Tahun ini 'Saya yang menurut perintah'. Tanggungjawab seperti biasa 'Tokey Pelan Strategik" katanya. Kepada pembentang, buatlah yang terbaik. Saya yang pilihkan nama anda. Jangan bantah !

Jumpa di Cherating, Pahang !!!

Posted by Picasa