01 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Yang datang pasti pergi. Masa akan terus berlalu. Tahun demi tahun, ia pasti muncul. Alhamdulilah, aku bersyukur pada Allah kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk menyambut Tahun 2011. Tahun 2010, mencatatkan pelbagai sejarah dalam kehidupan ini sebagai seorang pelajar Sarjana. Pelbagai pergolakan dapat diatasi. Alhamdulilah. Semuanya tetap sejarah dalam hidup ini.


Alhamdulilah bagi menyambut tahun baru masihi 2011, Alam melapangkan diri untuk menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Masjid Tuanku Zainal Abidin @ Masjid Besi. Alhamdulilah, ramai jemaah turut serta dalam majlis ini.



1 comment:

Amran said...

Bukankah nama masjid tu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, bukan Masjid Tuanku Zainal Abidin?