29 July 2009

Sajian Untuk Kedamaian

Sajian Untuk Kedamaian - Mee Sup Sayur Alam Setia. Sedap sungguh Mee Sup Sayur. Mee Maggi sahaja yang diguna. Dicampur dengan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Mudah sahaja dan cepat disediakan. Sesuai jika anda mempunyai tetamu yang datang tiba-tiba dirumah. Hidangkan apa yang ada. Jenis sayuran mengikut selera anda. Sajian Untuk Kedamaian kerana mempunyai pelbagai campuran sayuran. Pelbagai warna, disatukan dalam Mee Sup Sayur.


Hidangan Sajian Untuk Kedamaian - Mee Sup Sayur Alam Setia


Dihidang bersama Kicap Berlada Putih

Bahan-bahan yang digunakan



Daun Bawang

Bawang Besar


Carrot


Halia


Tomato


Ayam yang dipotong kecil


Kubis


Daun Sup


Bawang Putih


Daun Sup

Cara Penyediaan - Mudah Sahaja


Panaskan periuk. Tumis dengan minyak. Alam pilih minyak Sapi Ghee. Baru sedap baunya dan rasanya. Ditumis bersama Bawang Putih dan Halia.


Bila dah kekuningan campuran tadi, masukkan Ayam yang dipotong kecil.


Seterusnya, masukkan air bersama serbuk Jintan Manis, Jintan Putih dan Perencah Sup. Masukkan sedikit sahaja. Alam pilih Alagapas. Baunya sedap. Letakkan Daun Sup.

Campurkan sedikit Lada Hitam dan Lada Putih.


Campurkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi.

Dan akhir sekali. Masukkan Mee Maggi yang telah dicelur kedalam Sup Sayur ini.

Maka selesailah Sajian Untuk Kedamaian - Sup Sayur Alam Setia.

6 comments:

Zetty said...

errr...sila refer caption pix ke 8...'ayang' yg dipotong kecil?

takutttt...!!

hahaha.

Ad Rifza said...

Campuran baik untuk kesihatan..hehe

mremzack said...

SUP SAYURRR WONEKKKK

hOtMaMa said...

ehemmm..masuk tuk sorang ke berdua uols?? larikksssssss!

putera said...

sedapnyer masakan ko....teror jugak ko masak yerk

Alam Setia said...

nak datang rumah ...jemputlah