02 May 2009

Keputusan....

Terlintas untuk membaca hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi. Em...ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama.



Ekonomi sering ditakrifkan sebagai satu kajian tentang bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terbatas bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Timbulnya persoalan ekonomi berpunca daripada masalah kekurangan sumber.

Manakala Kaedah Ekonomi - Ekonomi ialah satu sains kerana dalam mengkaji ekonomi kita menggunakan kaedah saintifik. Kajian ekonomi di bahagi kepada 2 kategori umum iaitu mikroekonomi & makroekonomi.
Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi & pilihan yang di buat oleh unit pembuat keputusan iaitu isi rumah, firma & industri. Makroekonomi pula melibatkan kajian terhadap sektor & pembolehubah yang mempunyai skop yang lebih luas seperti pengeluaran & pendapatan negara, permintaan & penawaran agregat, pergerakan tingkat harga umum serta masalah seperti pengangguran & inflasi

Masalah Kekurangan - Kemahuan individu & masyarakat bagi barangan pengguna, barangan modal & lain-lain ialah perkhidmatan yang mampu dihasilkan adalah terbatas. Masalah kekurangan berlaku kerana keadaan semulajadi atau disebabkan pilihan yang dibuat oleh generasi terdahulu. Kekurangan ialah konsep yang relatif.
Masalah kekurangan boleh di atasi dengan cara :
i. Menggunakan semua sumber dengan sepenuhnya.
ii. Meningkatkan keupayaan sumber & teknologi.
iii. Tingkatkan kecekapan pentadbiran bagi pengeluaran & agihan.
iv. Agihan semula barangan atau pendapatan di kalangan anggota masyarakat.

Pilihan & Kos Melepas - 2 perkara asas dalam ekonomi adalah :
i. Keperluan membuat pilihan
ii. Mengenal pasti kos melepas bagi sesuatu pilihan yang dibuat.
( Individu & masyarakat terpaksa membuat pilihan antara pelbagai alternatif; dan kos melepas adalah nilai bagi alternatif terbaik yang terpaksa dilepaskan)
Dalam buat pilihan penilaian kos & faedah akan dijadikan asas. Konsep kos melepas ialah kaedah pengukuran kos & faedah yang tepat dalam ekonomi.

Kos melepas bagi laksanakan sesuatu aktiviti ialah faedah terbaik terpaksa dilepaskan kerana laksanakan aktiviti tersebut. Faedah yang dilepaskan ialah faedah yang boleh diperolehi apabila pilihan alternatif terbaik dipilih.



No comments: