15 May 2008

Persembahan Layar Air @ Putrajaya

Perbadanan Putrajaya terus mengorak langkah dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke bandar pentadbiran kerajaan Persekutuan itu dengan menganjurkan acara layar air berwarna-warni secara percuma pada setiap malam sehingga 31 Mei ini.

Persembahan yang menggunakan teknologi daripada sebuah negara Eropah itu diadakan dalam dua sesi iaitu pada pukul 9 dan 10 malam selama 17 minit bagi setiap persembahan.

Layar air berukuran 90 meter lebar dan 35 meter tinggi itu terbentuk daripada percikan air yang dihasilkan menggunakan empat pam berteknologi tinggi yang dipancarkan dengan cahaya laser bagi membentuk persembahan visual yang sangat menarik.

Ia menampilkan pelbagai imej Malaysia yang dinamik dan diiringi dengan alunan muzik bertenaga hasil ciptaan komposer terkenal tanah air, Chong Lim.

No comments: