22 April 2008

WAWASAN SIFAR KEMATIAN DI JALAN RAYA

HEBAHAN SEMPENA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA DIPILIH SEBAGAI DAERAH RINTIS BAGI MELAKSANAKAN WAWASAN SIFAR KEMATIAN DI JALAN RAYA


Sukaacita dimaklumkan bahawa pada 11 Januari 2008 yang lalu Jabatan Keselamatan Jalan Raya secara rasminya telah diberi mandat oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg, Tan Sri Sidek Hassan untuk menjadikan Daerah Putrajaya sebagai daerah rintis bagi melaksanakan amalan terbaik keselamatan jalan raya serta prinsip-prinsip matlamat Wawasan Sifar Kematian di Jalan Raya di Malaysia.

Wawasan Sifar Kematian di Jalan Raya ini adalah kesinambungan daripada pelbagai usaha-usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya di Malaysia.

Sila amalkan 8 petua keselamatan jalan raya iaitu:-

(i)rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda

(ii)sentiasa ikut had laju yang ditentukan

(iii)berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

(iv)sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah dan kuning

(v)elakkan daripada mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini menjadi punca kemalangan yang serius

(vi)patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak

(vii)elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

(viii) jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna


SEMOHA TADA KEMALANGAN DISINI

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro...law is meant to be broken???....hahahaha, tak lah, patuhilah peraturan di ajalan raya....

MOLY said...

harap2 kemalangan makin berkurangan .. tak de lagi bagus kan

:)