05 March 2008

i-Pintar tingkatkan mutu pengajaran

alhamdulilah sudah terlaksana disini.

--------------------------------------------


i-Pintar tingkatkan mutu pengajaran

Utusan Malaysia - 5 Mac 2008 / 27 Safar 1429

KEPALA BATAS 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin program i-Pintar yang dilancarkan hari ini mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah- sekolah luar bandar di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan program seumpama itu penting dalam membantu kerajaan mengukuhkan usaha pembinaan modal insan secara lebih menyeluruh termasuk membantu murid-murid di kawasan luar bandar.

Justeru, beliau mahu program pendidikan diperluaskan ke sekolah-sekolah seluruh negara bagi memastikan matlamatnya dicapai secara berkesan.

‘‘Saya percaya menerusi i-Pintar dalam masa yang singkat kemahiran serta mutu pembelajaran anak-anak kita di luar bandar dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi lagi.

‘‘Ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu pendidikan anak- anak,” katanya ketika melancarkan program tersebut di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini hari ini.

Program i-Pintar adalah cetusan idea Perdana Menteri yang bermatlamat meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah luar bandar melalui penggunaan teknologi, sistem dan perisian komunikasi dan maklumat (ICT).

Komposisi utama i-Pintar ialah gabungan bahan dan perisian yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan bagi membantu para guru melaksanakan sistem pembelajaran selain menggunakan peralatan sedia ada di sekolah

No comments: