27 September 2007

Hari ni...

Akhirnya tempat baru Alam baru ada talian Internet direct akses, jika tidak sebelum ini hanya tumpang switch ditempat Pn Munirah. Talian telfom sudah ada. Jadi pada waktu pejabat, bolehlah menghubungi Alam melalui talian terus ya. Tadi Cik Bad hantar cable UTP Cats6 yang baru untuk menggunakan talian Internet yang baru dinaiktaraf. Untuk makcik-makcik, akak-akak, korang jangan lah dok bising sangat. Biar jer pasukan teknikal buat kerja diorang. Kang dah siap, oklah. Sekarang ini dalam proses pengujian rangkaian dalaman. Harap bersabar ya. Kalau nak guna sangat gunalah yang lama. Hi hi hi



Sudah dua hari Alam mengadap jer PC. Kalau ikut sms dari K-Roll "I saw 2 monitor in your table". He he he......bukan apa bro Alam pun tengah nak transfer data. Diorang nak guna pc Alam untuk bilik latihan. Nak buat cammana, kenalah berkorban sikit. Bilik itu pun dibawah projek Alam bagi tahun 2007 juga. Segala rintangan telah dihadapi, alhamdulilah bilik tersebut siap seadanya. Bakal memberi perkhidmatan kepada semua kementerian. Jumpa ya....anda semua disitu.
Antara tugasan baru....hu hu hu. Penat siot mengira angka-angka. Teringat masa disekolah tadika dulu, cikgu ajar 1,2,3,4,5,6,7,8,9...... Itulah yang Alam buat mengira-ngira angka. Apa yang dikira....tunggu lah.



Sambil dok kira-kira angka, rasa jelouslah pula tengok kawan-kawan yang sembang-sembang. Huh...ader sahaj cerita. Nak sembang pun biarlah berpada-pada. Jangan kang ader yang tegur. Apa kata bila 'free' tu buat sesuatu kerja yang bermanfaat sikit. Cuma diingatkan janganlah bila dah bermula projek kata 'aku bz lah', 'banyak aku kena buat', 'alah...kitorang nie bukannya gi kursus pun', 'nak yang canggih-canggih'......macam-macam alasan.

Pada pandangan Alam bulan Ramadhanlah banyak perkara boleh buat. Kita juga boleh explore benda-benda baru yang berkaitan dengan tugasan kerjaya kita. Kita juga perlu muhasabah diri " apa yang kita laksanakan seharian dari jam 8pg - 5ptg". Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Sejauhmana kepakaran kita, kalau orang lain tak ada, mampukah kita buat sebagaimana yang diminta?

Jam dah pun tunjuk pukul 1 tengahari. Nak keluar ker tidak......alamak malas lah pulak.Tapi ade benda yang hendak dibeli lagi.....tak banyak satu sahaja. Tq to TT kerana call tadi, then ajak keluar kejap. Sempatlah juga beli.

1 comment:

TT said...

Wow.. suka gambar superimposed tu.