30 September 2007

Catatan Hujung Minggu

Tak banyak aktiviti yang dibuat pada hujung minggu ini. Lebih banyak masa duduk dirumah. Orang "kata lupa yang lain, rehatkan fikiran". Kalau nak difikirkan banyak benda yang perlu diselesaikan. Tak mengapa, satu persatu dibuat. Sebelah pagi, Alam sempat ke opis sekejap melihat bahan-bahan yang akan digunakan pada kesesokan pagi. Oklah tu, semua sudah siap. Thanks Kak Mazlia & group PKS yang membantu.



Sebelah petang pula, hari ini tak der plan nak berbuka dimana-mana. Thanks to my brother sebab call 2 kali hari ini. Hilang rasa rindu adik abg sorang nie...he he he. Abang, baju raya tak der lagi.....sedey. Ronda-ronda di Kompleks PKNS Bdr. Baru Bangi sesak dengan ibubapa yang membeli barang-barang keperluan Hari Raya. Bersebelahan kompleks ini pula, Bazar Ramadhan. Tapi tempat parking tak menjadi masalah.




Jam dah pun tunjuk jam 6.45 ptg, apa menu nak makan hari ni. Alam ke De Palma Cafe bersebelahan dengan KFC semua tempat dah penuh. KFC lagi lah....beratur panjang. Tiba-tiba terpandang satu signboard 'pizza pah'. Emmm.....bagus juga nie. Alam pun tapau pizaa pah satu. Kemudian beli air di bazar ramdhan dan Alam ambil peluang ini lepak2 dengan bebudak lain ditepi kompleks untuk berbuka puasa. Ok jugak tu pengalaman baru.


Abis ajer berbuka, terus ke Mesjid Hijau solat Maghrib, Isyak dan solat Terawikh. Ruangan mesjid luas dan imam pun express, tak ler penat sangat. Amin.....

No comments: