29 September 2007

13-15 Oktober 2007

Aidilfitri: Semua negeri cuti tiga hari
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Hari kelepasan am sempena sambutan Aidilfitri bulan depan adalah selama tiga hari berturut-turut, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan hari ini. Beliau berkata, kerajaan berpendapat cuti berturutan selama tiga hari itu adalah memadai dan tidak akan mengisytiharkan tambahan hari kelepasan am sempena Aidilfitri yang disambut pada 13 dan 14 Oktober.
“Bagaimanapun, sekolah-sekolah boleh memohon cuti peristiwa pada 12 Oktober (Jumaat) seperti kenyataan Kementerian Pelajaran yang disiarkan dalam akhbar 18 September lepas.
“Negeri-negeri Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak yang menjadikan Ahad sebagai hari kelepasan mingguan akan menikmati cuti berterusan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Oktober, 2007 iaitu Sabtu hingga Isnin, di mana cuti Hari Raya Aidilfitri pada Ahad 14 Oktober akan diganti pada Isnin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd. Sidek berkata, bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang cuti mingguan pada Jumaat, akan bercuti selama tiga hari mulai 12 Oktober hingga 14 Oktober iaitu Jumaat hingga Ahad.
Katanya, memandangkan Sabtu bukan hari kelepasan mingguan, tidak terdapat cuti gantian bagi negeri-negeri itu kerana hari kelepasan am yang jatuh pada Sabtu tidak boleh dibawa ke hadapan.
– Bernama

2 comments:

TT said...

For me it's okay. Cuti lama-lama pun takde kampung nak balik. Lagipun takut kena potong duit kontrak sebab tak cukup 20 hari bekerja.

Tapi kesian la budak-budak dan mak budak tak dapat nak balik Kelantan main mercun...

Jalan mesti sesak giler kan.. sebab sekejap sangat cuti.

Alam Setia said...

Salam. Alam mungkin cuti panjang untuk raya pada tahun ni. Entahlah rasa nak cuti panjang buat masa ini.