






Abis ajer berbuka, terus ke Mesjid Hijau solat Maghrib, Isyak dan solat Terawikh. Ruangan mesjid luas dan imam pun express, tak ler penat sangat. Amin.....








Slow saje bawa he he he....kalu hari biasa sure kena 'maki' punya. Hujung minggu awal pagi, jalan kosong jer...bolehlah kancil kecil ini ronda-ronda. Antara perkara yang akan dibuat dihujung minggu adalah cuci keta. "Lap keta Alam Setia itu elok-elok". he he he he


Sambil dok kira-kira angka, rasa jelouslah pula tengok kawan-kawan yang sembang-sembang. Huh...ader sahaj cerita. Nak sembang pun biarlah berpada-pada. Jangan kang ader yang tegur. Apa kata bila 'free' tu buat sesuatu kerja yang bermanfaat sikit. Cuma diingatkan janganlah bila dah bermula projek kata 'aku bz lah', 'banyak aku kena buat', 'alah...kitorang nie bukannya gi kursus pun', 'nak yang canggih-canggih'......macam-macam alasan.
Pada pandangan Alam bulan Ramadhanlah banyak perkara boleh buat. Kita juga boleh explore benda-benda baru yang berkaitan dengan tugasan kerjaya kita. Kita juga perlu muhasabah diri " apa yang kita laksanakan seharian dari jam 8pg - 5ptg". Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Sejauhmana kepakaran kita, kalau orang lain tak ada, mampukah kita buat sebagaimana yang diminta?
Jam dah pun tunjuk pukul 1 tengahari. Nak keluar ker tidak......alamak malas lah pulak.Tapi ade benda yang hendak dibeli lagi.....tak banyak satu sahaja. Tq to TT kerana call tadi, then ajak keluar kejap. Sempatlah juga beli.
Kad raya dihantar sebagai pengganti diri. Mungkin penggunaan kad raya sudah berkurangan pada hari ini. Penggunaan sms dan mms sebagai alternatif untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada orang yang diingati. Bermaaf-maaf lah diantara satu sama lain menjelang hari lembaran yang akan kita sambut tidak lama lagi. Beberapa keping kad raya dibaca sebelum Majlis Berbuka Puasa dipejabat semalam.
Kali ini duduk semeja dengan rakan2 dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Seksyen Kewangan. Hi hi hi......lama tak berborak dengan diorang semua.