14 March 2009

Terima kasih semua...

Alam ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kakitangan di Seksyen Pentabiran kerana mengajurkan acara makan-makan Laksam khusus untuk Alam. Terasa sungguh terharu buat kalian semua. Kalian sampaikan hajat Alam Setia. Hanya Allah yang dapat balaskan jasa baik kalian semua dan semua ini menjadi kenangan bersama. Suatu ketika dahulu anda pernah bertugas dibawah penyeliaan Alam Setia. Terima kasih sekali lagi.

Selepas solat Jumaat pula, satu jemputan oleh Ibu Ksanty & Pn Masura daripada Pasukan Handholding & Training. Mereka bersama-sama Alam untuk melaksanakan projek pada ketika ini. Makan-makan ini di Kelab Tasik Putrajaya setelah beberapa kali dan bulan ditunda. Apa lagi, bila disini menu Mee Goreng Mamak menjadi pilihan Alam. Dihadiri juga oleh Pn. Wan & Mon. Doakan Alam berjaya dalam bidang yang bakal ditempuhi minggu hadapan. Marah, geram, gembira semasa melaksanakan projek ini menjadi kenangan bersama. Ada yang Alam belajar daripada mereka semua dan ada yang Alam mengajar mereka. Semua ilmu dikongsi bersama.

Lepas sahaj waktu kerja terus Alam check in penerbangan untuk pulang ke Alor Setar. Bagus juga pabila MAS memperkenalkan check in web. Mudah, cepat dan tak perlu beratur lagi dikaunter atau pun beratur di mesin Self Check In di airport. Cepat dan mudah.

Mula-mula nak tunggu sorang Sahabat Alam datang tapi beliau ada tugasan yang perlu dibuat. Parking kereta di stesen Sentral Putrajaya dan menaiki ERL. Sorrylah pakcik yang dok tunggu tu, dok tengok Alam kusyuk makan buah ini. Tak perasan mula-mula, tapi last-last perasan gak. Malu pun ada, segan pun ada.

Alhamdulilah sampai dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

Esok, Alam akan pulang semula ke Putrjaya. Sekejap aja disini.

No comments: