15 October 2008

Entry yang lalu....minggu terakahir Ramadhan

entry ini seharusnya dimasukkan semasa di bulan Ramadhan. entahlah, tertinggal pula. thanks to Kak Ita yang remind. ini antara masa-masa terakhir kitorang berbuka puasa bersama sebelum sambutan Syawal dan pulang beraya di kampung. boleh katakan 'last majlis bebuka bersama'. tempat pilihan Restoran Saba' di Cyberjaya. mudah, dekat dan nak rasa masakan Arab. Sedap ker? hehehe....

rakan-rakan di opis sure semuanya dah rasa masakan ini kerana ia menjadi salah satu menu utama semasa Sambutan Raya 2008 pada 16 Oktober 2008. sorry lah tak dapat bersama kalian semua di majlis yang begitu meriah. terima kasih kepada rakan2 yang bersms gambar korang di majlis tersebut. teringat kenangan tahun2 yang lalu. tahun depan, jangan lupa jemput Alam ya. tahun terakhir tak dapat beraya bersama. oppsss.....

inilah entry yang lalu di bulan Ramadhan. sorry lambat upload ya.

No comments: