12 November 2007

Pindah

Banyak sungguh isu pindah minggu ni. Jejak ajer kaki di pejabat, ada yang mula bertanya. Almaklumlah gosip atau isu ini tersebar pada minggu lepas ari Jumaat. Last week, Alam bercuti rehat, jadi tak der lah jumpa sesiapa pun. Cuma received sms dari member2 yang 'prihatin'. Tima kasih ya.
Jejak ajer kaki di satu tempat, ada yang bertanya "betulkah ko kena pindah ke sini" + "bila ko nak dok sini" + " akak dengar cita ko dapat tempat baru" +++++
Sungguh prihatin sahabat-sahabat semua disini. Tima kasih sekali lagi ya. Pindah ker @ tak pindah ker, sama sahaja. Cuma kalau pindah, bye-bye lah dan 'welcome' ke satu tempat yang sangat mengalu-alukan.
Orang kata mudah berpindah, bungkus barang dan angkat. Wak Bo + Kak Mazlia, nanti minta tolong ya kemas barang Alam. Your x-boss lah...he he he he. Emm....bila ya. Sabar tak sabar, kena tahan ker tak kena tahan, tunggu dan lihat. Kini kita mengorak langkah ke paradigma yang baru Tahun 2008. Pencapaian 2007 menjadi pengukur untuk tahun hadapan.
Harap-harap 'gosip' tetap 'gosip' dan mungkin jadi kenyataan. 'Gosip' biarlah berpada-pada, rahsia tetap rahsia bukan untuk disebarkan. Akhirnya bagi semua jawapan di atas Alam hanya mengukirkan satu senyuman manis untuk kalian. Tapi ingat 'rahsia' tetap 'rahsia'.
Kalau menjadi 'gosip' ini, jeng jeng jeng. Pagi ni sahaja, macam tak jadilah pula berpindah. 'Saya rasa tempat ini boleh muat pegawai baru, kita susun macam ini'. Emm.....bunyi macam tak jadi ajer. Apa-apa pun Alam tunggu sahaja.
Thanks kepada kengkawan yang dah sediakan tempat. Alam Setia Disini !

1 comment:

MOLY said...

all da bes alam !!

kalau pindah tentunya ada perubahan yang menuju ke arah yang lebih baik lagi kan ...

;)