21 November 2007

BOS, BOS dan BOS

Catatan Alam Setia
Sebut sahaja BOS...semua tumpu kepada ketua, ya lah dia BOS kita. Semua perintah kena dipatuhi. Itu dari segi hubungan kerja dan struktur dalam satu organisasi. Emm...Bos oh Bos dan oh Bos. Lupakan yang ini, dan tumpu kepada BOS yang kedua iaitu Blue Ocean Strategy yang merupakan salah satu kaedah dalam pengurusan dan perancangan strategik. Sudah banyak BOS ini diimplementasikan pada masa ini dalam organisasi dan tidak ketinggalan turut diimplimentasi di pejabat Alam. Lupakan BOS yang ini. BOS seterusnya satu sindrom individualistik iaitu Burn-Out Syndrome. Juga dikenali sebagai BOS.

Ia merupakan istilah yang dipopularkan oleh Dr. Herbert J.Freudenberge dimana beliau mengklasifikasikan sindrom ini sebagai gejala normal dan berpotensi dialami kebanyakkan pekerja. Ia seakan sama dengan tekanan yang sering kali dialami ditempat kerja, justeru itu ia bukanlah sejenis sindrom luar biasa.
Cuba kita ingat, jejak kaki pertama di pejabat setiap hari, apakah perasaan kita....gembira, penat, takut, sedih, banyak sangat perkara perlu diselesai, kawan-kawan tidak membantu, kita berborak2, perasaan marah. Tanyalah dan ingatkan apakah aktiviti kita semalam? Adakah kita melihat tugasan sebagai satu beban dan kerap kali cemas terhadap tugasan yang diberi? Sekiranya anda mengiakan, walaupun dua persoalan seperti diatas, sudah cukuplah untuk mengesyaki anda mengalami Burn-Out Syndrome.
Menurut Urip A. Mokoginta, pakar psikologi dr Universiti Indonesia menyatakan BOS merupakan suatu keadaan di mana seseorang mengalami kepenatan mental atau fizikal. Ini berpunca daripada tekanan yang berlebihan (excessive) untuk satu tempoh yang panjang.
Walaupun sindrom ini kurang popular, mungkin kerana kehadirannya kurang disedari namun sewajarnya BOS perlu dihindari seawal mungkin demi mengelakkan berlakunya perkara negatif ke atas diri kita. Mungkin bermula daripada gangguan fizikal dan psikologi hingga boleh merebak ke aktiviti sosial.
...bersambung

1 comment:

shahril aley said...

adakah itu aku? kadang2 rasa datang keja tu dah routine kehidupan. tak keja tak de duit. tak de duit tak de kehidupan....