26 March 2007

sungguh tak sangka pada hari ni

sungguh tak sangka pada hari ni
datang ajer waktu pagi, pelik semacam
kenapa lampu hanya separuh sahaja dipasang
sungguh tak sangka pada hari ni
adakah WakBo datang lambat
mustahil, ini bukanlah cuti sekolah

sungguh tak sangka pada hari ni
datang sahaja waktu pagi
meja berselerak, tapi aku tahu siapa punya angkara
nak pinjam barang gunalah sahaja
tapi janganlah selerakkan

sungguh tak sangka pada hari ni
satu frame besar dibawa oleh Pn. Nordina
tima kasih Puan kerana membeli di Ikea
cukup untuk dilakarkan satu potret disitu

sungguh tak sangka pada hari ni
potret yang hendak diframekan itu
tidak begitu cantik sebagaimana yang diimpikan

sungguh tak sangka pada hari ni
semua makanan yang disediakan "Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis"
dari yang dibelanja oleh Hussien sehinggalah menu sesi training sampailah ke meeting

ssungguh tak sangka pada hari ni
tetiba satu perasaan lain muncul
apakah itu.....adakah aku sakit lagi
aku berehat seketika sambil mendengar lagu

sungguh tak sangka pada hari ni
satu panggilan telefon aku terima
tentang SMS semalam
aku tak menjangkakan sebegitu 'kilat' bersabung diangkasa
maafkan aku... tak jangka sebegitu

sungguh tak sangka pada hari ni
potret yang ingin diframekan itu berjaya dicetak
setelah pelbagai contoh dicetak
terima kasih Poji & Pn Nordina

sungguh tak sangka pada hari ni
tetiba frame gambar pecah....
selepas sahaja aku menerima panggilan telefon itu

sungguh tak sangka pada hari ni
aku terus bergegas ke kedai untuk dibaki
alhamdulilah, berjaya juga

sungguh tak sangka pada hari ni
kedai bunga yang di'war-war'kan bagus oleh stesen tv
sungguh "Bangang" dan "Bodoh"
harga jambangan bunga pun ta tahu
lokasi kedainya begitu popular di Putrajaya ini

sungguh tak sangka pada hari ni
potret, bunga dan kad berjaya dihantar pada empunya
sungguh panjang perjalanan
onak dan duri yang ditempuhi

sungguh tak sangka pada hari ni
aku bersyukur pada Illahi
aku bertekat sambung semula satu kelas
gara-gara "seseorang yang gila"
2 bulan aku berhenti
aku membayar yurannya tadi

sungguh tak sangka pada hari ni
aku serba salah pada seseorang
maafkan aku .....
tak tenang hati ini...

sungguh tak sangka pada hari ni
aku berjaya membantu "Yati sekeluarga" balik ke Sabah
maafkan aku sahabat menggunakan 47.5
cross division untuk membantu insan ini
aku doakan Pn Yati sempat berjumpa ayahandanya yang sakit tenat

sungguh tak sangka pada hari ni
malam ini sungguh aku tak berselera nak makan
aku ke restoran kegemaran aku
tapi aku hanya minum sahaja

sungguh tak sangka pada hari ni
aku lepak disini seketika
aku menanti hari esok yang terbaik
itu doaku

No comments: