02 January 2010

Pandangan : Enggan Guna Pengangkutan Awam

Enggan Guna Pengangkutan Awam... pilihan kali ini untuk dibuat ulasan. Sedangkan perkhidmatan ini telah disediakan dan pertingkatkan dari semasa ke semasa. Banyak pandangan atau ulasan yang boleh dilontarkan.

1. Perlu ada satu contoh sesorang atau sekumpulan Pengurusan Tertinggi Kementerian/Agensi/Jabatan yang menggunakan kemudahan ini dimana mereka menaiki bus daripada KL ke Putrajaya atau pun daripada Putrajaya ke Pejabat. Sekiranya satu Role Model/ Champion ini dapat diketengahkan, Alam yakin lebih ramai kakitangan mengggunkannya.

2. Bas penuh diwaktu kemuncak. Alam pernah beberapa kali menaiki kemudahan bus daripada Presint 9 ke Kompleks A. Ya, pada waktu ini bus penuh dgn orang ramai yang menggunakannya. Bayaran hanya RM0.50 murah dan menjimatkan. Cuma bagi para pengguna kemudahan ini, pengurusan masa perjalanan adalah amat penting.

3. Keluarga yang mempunyai ramai anak tidak dapat dipersalahkan jika mereka tidak menggunakan kemudahan ini. Contohnya, disebelah pagi bapa/ibu perlu hantar anak-anak mereka ke sekolah rendah, sekolah menengah atau tadika. Begitu juga disebelah tengahari atau petang, mereka perlu menjemput ahli-ahli keluarga masing-masing. Sanggupkan seorang bapa atau ibu, hantar anak masing-masing ke destinasi yang perlu dan terus ke Presint 1 atau 7, untuk parking kereta di lapangan Park & Ride dan seterusnya menggunakan bus untuk ke tempat kerja.

4. Keluarga vs Bujang, adakah pihak berwajib membuat statstik berapa ramai yang bekerja di Putrajaya adalah bujang dan berkeluarga? Begitu juga yang mendiami kuarters di Putrajaya.

5. Alternatif lain perlu dicari bagi mengatasi masalah kesesakan ini. Contohnya penggunaan Parking Bertingkat atau kawalan lalu lintas oleh Polis Trafik diperbanyakkan. Parking Bertingkat boleh dibina dan diwujudkan di kawasan yang banyak pejabat/jabatan. Selain dapat menjimatkan ruang, kemudahan kepada kakitangan dapat disediakan. Selain itu, diucapkan tahniah kepada Polis Trafik yang banyak membantu mengawal kesesakan lalu lintas di waktu kemuncak.

6. Pusat Informasi Putrajaya hendaklah diaktifkan untuk memberi maklumat dan bantuan kepada orang ramai yang datang luar dari Putrajaya. Dimana mereka ingin mencari maklumat? Siapa harus mereka bertanya? Ini kali pertama mereka ke Putrajaya, sudah pasti masing-masing akan menggunakan kenderaan sendiri.

Ini adalah pandangan dan ulasan Alam bagi tajuk akhbar Harian Metro ini.

_______________________________________________________________

Enggan Guna Pengangkutan Awam

Harian Metro Online
2 Jan 2009

PUTRAJAYA: Sikap pemandu yang tidak bersedia mengubah paradigma terhadap penggunaan sistem pengangkutan awam menjadi punca kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kenderaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya (PPj), Zaharah Salamat, berkata PPj menyediakan kemudahan mencukupi termasuk Park & Ride dan bas perantara selang 15 minit untuk memudahkan orang ramai berulang-alik dari rumah ke pejabat.

Malangnya, masyarakat tidak mahu berubah dan enggan menggunakan pengangkutan awam walaupun terpaksa menempuh kesesakan terutama pada waktu puncak.

“Hanya perubahan sikap dan pandangan pengguna terhadap sistem pengangkutan awam serta kemudahan yang berkaitan dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta dan kesesakan lalu lintas yang meruncing di sini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro 24 Disember lalu mengenai kecenderungan pemilik kenderaan terutama kakitangan kerajaan di sini memandu daripada menggunakan kemudahan Park & Ride yang disifatkan sebagai melecehkan.

Walaupun kemudahan itu disediakan sejak beberapa tahun lalu, kecenderungan pemilik kenderaan terutama kakitangan kerajaan di sini, mendukacitakan menyebabkan kawasan sekitar Kompleks C, D dan E mengalami kesesakan teruk terutama pada waktu puncak.

Kebanyakan mereka lebih rela memandu kenderaan sendiri ke pejabat berbanding menggunakan perkhidmatan bas ditawarkan sebaik saja meletakkan kenderaan mereka di kawasan ditetapkan.

Zaharah berkata, kemudahan Park & Ride yang disediakan di Presint 1 dan 7 di sini mempunyai kemudahan lebih daripada 2,400 ruang tempat letak kereta dan jumlah itu mencukupi menampung bilangan kenderaan.

“Sekiranya perkhidmatan Park & Ride mendapat sambutan, kami bersedia meningkatkan kekerapan bas yang beroperasi setiap 10 hingga 15 minit sekali,” katanya.

No comments: