16 February 2009

Isnin Oh Isnin

Isnin oh isnin, macam-macam berlaku. 3 hari di minggu lepas Alam tiada dipejabat. alhamdulilah, dah kesihatan bertambah baik. al-kisah bermula cerita oleh rakan sepasukan tentang aktiviti sepanjang minggu lepas. ada yang berjalan dengan sempurna dan ada yang tergendala. emm.....macam biasalah + alasan biasa + seperti biasa 'ditangguhkan kesatu tarikh lain.

Isnin oh Isnin, bersyukur kerana banyak perkara telah berjaya. training sempurna dijalankan dan pecahlah rahsia selama ini yang diberi alasan 'limitasi perisian'. adakah betul alasan ini ataupun 'developer yang mempunyai limitasi'? mana satu pilihan nak diberi......tunggu dan tunggu.

Isnin oh Isnin, terima kasih kepada Prof Madya Datin yang membantu Alam. Borang dah hantar tadi. Alhamdulilah syukur pada Allah. Diberikan kepercayaan tadi untuk membentangkan kertas kerja pula. Alamak....baru submit proposal dah setuju. Cuma tarikh sahaja yang menjadi masalah.

Isnin oh Isnin, tarikh baru diterima pada petang ini. Tengok jer lah terjadi atau tidak. Tunggu Selasa oh Selasa keesokkan harinya. Ada yang bertanya 'last day?', alamak....nanti akan diketahui juga.