10 December 2007

perjalanan Isnin...

Perjalanan hari Isnin penuh dengan aktiviti. seawal pagi pada jam 1.20 pagi, Alam ke KLIA untuk mengambil Dolah yang pulang dari Sarawak. Flight delay, tak der pilihan lain untuk mengambilnya. Takala jam 2.45 pagi baru sampai dirumah. Packing barang untuk ke Terengganu. Pecah rekod dalam masa 2 bulan Alam baru hari ini Alam lewat ke pejabat. Masuk opis jam 9.00 pagi. Seperti biasa, terus lapor diri. He he he, korang semua tahukan.
Jam 9.30 bertolak ke Angkasapuri untuk program di radio. Sekali lagi Puan ke udara. Suasana hujan membasahi jalanraya dan menyebabkan pergerakan agak perlahan. Alhamdulilah sampai juga di konti radio untuk progam pada jam 11.15 pagi. Thanks to Cik Hasniah yang baru join disini untuk program2 radio ini. Satu perubahan bagi Seksyen Perhubungan Awam.
Perjalan diteruskan ke Hulu Langat untuk Majlis Pelancaran di peringkat Negeri Selangor. Pergh....hujan tetap lebat. Kesian si Azimah yang uruskan. Brother Mas & Mizi pun punya bimbang. En Mat Arifin tetap cool seperti biasa. Apa lagi Tok Penghulu kata dia dah upah 'tok pawang' untuk bawa hujan ke tempat lain. Emm....nak percaya ker atau satu kebetulan.
Sebagaimana yang dijadualkan, hujan tetiba berhenti. Selepas sahaja program, hujan terus membasahi bumi Hulu Langat. Emm..... semasa di Penang pun sama gak. Lama tak bertegur sapa dengan mereka.
Sekembali di pejabat jam dah menunujukkan pukul 5.30 petang. Apa lagi, kemas barang terus ke ERL Putrajaya. Nak drive, siapa pula nak hantar. Parking di KLIA agak mahal untuk tempoh 3 hari. Alhamdulilah, sempat check ini untuk penerbangan ke Terengganu. Yati & Mona ke Perlis, Zita dan Pn Juraimi ke Perak.
Menaiki penerbangan dimusim hujan membimbangkan. Flight boleh juga landing akhirnya pada percubaan kali ke-4. En Zul terus menjemput untuk membuat persiapan untuk majlis esok. Nak tengok tapak majlis & reharsal dulu. Biasalah sedikit pengalaman untuk 'event management' yang lepas digunakan untuk komuniti disini. Walaupun berbeza dialek, komunikasi masih boleh diteruskan.
Orite semua. Nak upload gambar tak sempat.

No comments: