15 August 2007

Cerita Alamanda

Aku dah konvo!!! Lepas ni kena cari kerja. Wow...bukan main bangga mamat sorang ni yang baru aje konvo. Siap pakai baju konvo lagi ke Alamanda. Alahai dik, bukak lah dulu nanti sampai ke kedai gambar boleh oakai semula. Hi hi hi hi. Mamat ni rasa bangga tau! Teringat masa Alam abis belajar dulu. Kitorang ramai-ramai posing satu universiti bergambar. Hi hi hi hi

Bila sambutan 50 tahun Kemerdekaan, banyak bendera dipasang dimerata-rata. Ini di Carefour Alamanda. Tak lama lagi Carefour Alamanda akan jadi Carefour pertama berstatus Halal. Betul ker ini? Tunggu dan lihat.

Memandangkan dah tak ada lagi jualan arak di Carefour Alamanda, semua susunan rak-rak disini berubah. Pusing juga lah mencari lokasi baru. Tetiba ternampak sarung tangan ini. Beli susu ini satu pek dapat hadiah sarung tangan ker? Hi hi hi

No comments: