15 June 2007

Untuk Anda

Petang-petang Jumaat ni terfikir sesuatu "Kenapa Tidak Bertanggungjawab".
Pelik sungguh bila Alam terfikir beberapa kerenah 'makhluk' disini yang langsung tidak bertanggunjawab. Bila diberi tugasan, buat ala kadar. Tak tahu, tak mahu bertanya. Malulah @ seganlah. Apa yang nak malu, bukannya bogel @ telanjang bulat. Memanglah bukan smeua perkara kita tahu, bila bertanya, sesuatu maklumat dikongsi danpada masa yang sama kita boleh belajar. Nak tahu lebih detail, search sahaja dalam internet. Belambak maklumat ada.
Itulah bila dah bekerja, tanggungjawab terhadap tugasan hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin. Janganlah kena kutuk @ perli. Janganlah sampai bos marah.
Anda yang membuat tugasan tersebut, semestinya anda memahami. Jangan menggunakan perkataan"Entahlah saya pun tak pasti". Aduh.....ini kah jawapan. Jika Alam menjawab mudah sahaja. Ayat baik "Tak pe, semak semula ya, nanti u inform saya, kita buat penambahbaikan". Ayat jahat "Apalah u ni, u yang buat, tapi ta tahu. Abis tu, apa yang u tulisdalam paper ni".

Jadi disini, mudah sahaja. Bila ditugaskan sesuatu perkara :-
1. Buat research dahulu. Nak cari dimana? Search dalam Internet.
2. Baca maklumat yang ada disitu.
3. Kemudian, buat small diskusi dengan kawan2 yang anda rasa, dia tahu.
4. Ambil pandangan mereka.
5. Sediakan sedikit penulisan yang ringkas.
6. Bentangkan draf awal kajian tersebut.

Anda perlu YAKIN terhadap apa yang anda buat. Maklumankan kepada bos anda. Mohonpandangannya. Kan mudah sahaja. Jangan tunggu sehingga complete berpuluh2 muka surat baru nak tunjuk pada bos. Kalau tak menjawab solan abislah.

Buatlah yang terbaik. Enjoy ur work

1 comment:

Unknown said...

betul tur alam...jangan dok asyik ikut kepala diorg tapi tak kena dgn apa yg kita nak...kalau tetiba dior dah siap, tapi tak menjawab apa yg kita nak...tak ker diorg jugak yg susah...TQ buat "kunjungan" di Cerita Dari Belantara...ada apa2 kita sambng di YM...my ID : putra745