04 May 2007

Tak disangka

Alhamdulilah, pagi ini telah menerima satu permintaan oleh 'satu pihak' untuk menuliskan artikel khas berkaitan dengan Usaha Merapatkan Jurang Digital. Tak pernah sangka, usaha yang dibuat selama ini membuahkan hasil. Ingat lagi tahun lepas, penat jerit membuat research berkaitan dengan hal ini. Ingatkan untuk kegunaan dalaman sahaja, tapi diwar-warkan dalam satu 'medium' latihan yang dikendalikan oleh Prof dan rakan-rakan. Pembentangan dalam mesyuarat tertinggi kerajaan telah dibuat. Pergh...memang tak percaya. Ibaratkan mimpi lagi. Kerta kajian ini telah digunakan sepenuhnya dan dijadikan contoh. Alhamdulilah, Alam bersyukur pada Allah.

Tahun 2007, merupakan tahun hasil pencapaian bagi kajian ini. Kesinambungan untuk komuniti luar bandar. Ini lah yang pening kepala sikit, macam2 nak difikirkan. Email permintaan untuk membuat stau penulisan khas telah dibaca. Insyallah, Alam akan buat yang terbaik untuk artikel ini. Tak lama lagi, lanjutan daripada artikel ini akan dibukukan untuk tatapan satu komuniti peringkat Asean. Kalau ada masa akan dibentangkan, tapi merujuk kepada keputusan mesyuarat yang lepas, ia akan dibukukan sahaja. Tunggu dan lihat.

Usaha akan terus dibuat. Malas rajin biasalah, komitmen akan ditonjuolkan. Terima kasih Mr. Cyberjaya sebab semalam dapat jumpa sekejap. Sorrylah, semalam kurang sihat sebab cirit-birit. Entahlah apa yang dimakan sehingga teruk sangat. Habis bibir muka pucat. Rasa lesu dan penat. Thanks sekali lagi untuk Mr. Cyberjaya.

No comments: