14 September 2008

Sedetik disini



tak semua yang kita impikan atau kita perolehi akan kekal selamanya. semuanya ujian daripada Allah bagi menguji keimanan dan kesabaran hambanya. perkara yang sama terjadi sekali lagi. bermula dengan tayar kereta pancit, diikuti dengan kesibukan bekerja, bila sedar....entah kemana dan akhirnya ia terus hilang. entah kemana....masih tidak diketahui. runsing aku dibuatnya. aku gembira walaupun ia hanya buat seketika sahaja. aku dapat rasai, jika sebelum ini aku sekadar melihat dari jauh. takala sahabatku pernah beri peluang kepada aku untuk menggunakannya. kemudian aku memilikinya. kali ini berlaku di bulan Ramadhan. seperti dulu juga.

disebalik kehilangan ini, muncul berita gembira yang tidak terkata. alhamdulilah, aku terus bersyukur pada Illahi. impian selama ini akan dapat aku laksanakan. gabralah juga .... bila hari terakhir aku disini? emm..... semua kenangan aku disini, akan aku jadikan soretan sejarah dalam lembaran hidupku. aktiviti aku bagi bulan september dan oktober dah ada. tinggal disember sebelum tahun 2009. aku doa pada Illahi, berikan aku kekuatan untuk aku laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi kepada aku untuk aku laksanakan sebaik mungkin.
Insyallah.

1 comment:

singAsong said...

Morning Mr Alamsetia.

Have a good day.