Alhamdulilah, kita semua sudah selesai menunaikan ibadah puasa yang pertama. Suasana solat terawikh pada malam kedua 1 September 2008 lebih ramai yang hadir di Masjid Putra jika dibandingkan dengan malam pertama terawikh (31 Ogos 2008). Majoritinya mengambil kesempatan untuk berbuka puasa disini. Alam pun tak ketinggalan juga.
Selepas azan Maghrib berkumandang, dimulakan dengan air, buah tamar dan kueh. Seterusnya, kesemua menunaikan solat Maghrib berjemaah. Lepas itu baru mula makan nasi. Emmm.... menu yang simple. Nasi, ikan asam pedas, sayur kacang + udang, ulam-laman dan telur ikan masin. Alhamdulilah.
Kemudian disusuli dengan solat Isyak dan solat sunat terawikh. Ah ha.... masih ada 'More' lagi, bubur kacang + air teh panas. Emmmm, berselera betul. Maklumlah musim hujan.
Rata-rata pada kali ini, ramai ibubapa membawa anak-anak mereka sekeluarga berbuka disini. Pelancing arab pun mengambil kesempatan berbuka sekali + menunaikan solat berjemaah. Begitu juga pekerja daripada Bangladesh + Indonesia.

Suasana dalam masjid lebih baik jika hendak diberbezakan dengan tahun lepas. Tahun ini 2008 dah ada aircond. Agak nyaman bila nak beribadah. Alhamdulilah syukur pada Illahi.
No comments:
Post a Comment