08 September 2008

PM mahu sektor awam laksanakan segera Bajet 2009

08/09/2008 9:52am


PUTRAJAYA 8 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kakitangan kerajaan berusaha untuk melaksanakan segala cadangan dalam Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini dengan sebaik mungkin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, berasaskan prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan awam dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu, mereka seharusnya mampu mengemukakan idea dan perancangan terbaik bagi menjayakan cadangan-cadangan tersebut.

``Kita nak pastikan apa jua cadangan dalam belanjawan mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

``Orang biasanya mengatakan bahawa masalahnya bukanlah disebabkan kekurangan idea yang baik dan rancangan yang baik tetapi kekurangan kemampuan untuk melaksanakannya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Senator Tan Seri Amirsham A. Aziz serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. - Utusan

No comments: