26 September 2008

Salam Aidilfitri 2008

Kesempatan ini saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua sahabat-sahabat dimana jua anda berada. Maaf Zahir & Batin
-www.alamsetia.com-

24 September 2008

wajah-wajah mencari jawapan

inilah wajah-wajah yang mencari jawapan bagi soalan yang diberi. cuba lagi sehingga dapat.
kenangan di Oracle Discoverer.
berkali korang cuba, masih error lagi.
Ingat mutildimensional, measurement, cube, report.....ingat Sherry




Posted by Picasa

berbuka @ Uniten

thanks untuk pakcik 'amiza' yang memegang tugasan untuk urusan berbuka. selamat sebulan menguruskan tanggungjawab ini. alhamdulilah dah dua hari disini. makanan banyak. yang teringin sahaja dipilih sebagai juadah berbuka.





23 September 2008

training @ Menara Citibank KL

training dibulan puasa. itu bukan penghalang. cuma agak letih sedikit sebab tak boleh makan. masa time break, boleh rehat jap.







22 September 2008

Aksi Gumbira

aksi kanak-kanak Si Atif bergembira kerana dapat jalan-jalan membeli koleksi baju raya. emmmm...penat gaj bawa kanak-kanak berjalan2 dibulan puasa nie. pagi keluar, petang keluar. last-last gie teman dia makan.








19 September 2008

Kenderaan Awam

macam mana rasanya bile ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam. dibulan puasa ini, banyak cabarannya. tiba sahaja jam 5.00 ptg, semua dah sesak. awal pagi masi ok lagi. jom beratur bila nak naik train. bawa-bawalah bersabar, semua nak balik juga ya.


lelap seketika kepenatan

17 September 2008

Kisah Berbuka

lapar-lapar ....hari ni perut rasa lapar awal. ini kes tak bangun sahur semalam. alam dan shahrul terlajak tidur. sedar2 dah azan Subuh. nak berbuka dimana hari nie? emm..... nak gi jauh2 malas, nak sekitar Putrajaya je.
kali ini Cik Fara join Alam berbuka. banyak lah kisah-kisah menyusuri sepanjang berbuka.
Sahabat karib Cik Fara pun ada gak. Cik Mona mengenakan baju kurung Hitam. Wow...klasik gitu. Kisah cerita jalan jem dari SJ hinggalah ke Putrajaya. Itu sbb *tut*. Tak boleh nak tulis disini.
Kitorang 'cool' ajer. Hehehehe

16 September 2008

Alam @ ST

alam @ ST. sehari disini, penat lah juga

15 September 2008

move .....


banyak kena kemas. move to new cubical. teruk nie banyak barang sangat.
hari ini akan selesai
Posted by Picasa

14 September 2008

Sedetik disini



tak semua yang kita impikan atau kita perolehi akan kekal selamanya. semuanya ujian daripada Allah bagi menguji keimanan dan kesabaran hambanya. perkara yang sama terjadi sekali lagi. bermula dengan tayar kereta pancit, diikuti dengan kesibukan bekerja, bila sedar....entah kemana dan akhirnya ia terus hilang. entah kemana....masih tidak diketahui. runsing aku dibuatnya. aku gembira walaupun ia hanya buat seketika sahaja. aku dapat rasai, jika sebelum ini aku sekadar melihat dari jauh. takala sahabatku pernah beri peluang kepada aku untuk menggunakannya. kemudian aku memilikinya. kali ini berlaku di bulan Ramadhan. seperti dulu juga.

disebalik kehilangan ini, muncul berita gembira yang tidak terkata. alhamdulilah, aku terus bersyukur pada Illahi. impian selama ini akan dapat aku laksanakan. gabralah juga .... bila hari terakhir aku disini? emm..... semua kenangan aku disini, akan aku jadikan soretan sejarah dalam lembaran hidupku. aktiviti aku bagi bulan september dan oktober dah ada. tinggal disember sebelum tahun 2009. aku doa pada Illahi, berikan aku kekuatan untuk aku laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi kepada aku untuk aku laksanakan sebaik mungkin.
Insyallah.

Aksi ....

sedikit ruang aktiviti di hari ahad

12 September 2008

Dimensi With Mr Hazman


Segak bergaya berbaju melayu hitam.
Sepetang sesi Dimensi With Mr Hazman yang dikenali dengan Tukang Taip.

PM Lancar Kempen ICT Sebagai Kerjaya Pilihan

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan kempen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sebagai Kerjaya Pilihan yang dilihat satu lagi inisiatif kerajaan di bawah Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) Malaysia bagi menggalakkan rakyat merebut peluang yang ditawarkan dalam sektor ICT di negara ini.

Kempen itu melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC).

Melalui kempen tersebut, pelbagai program akan dilaksanakan antaranya Inisiatif Pembangunan Pekerja Berilmu MSC Malaysia (KDI) dan Kerjasama Akademia bagi membolehkan Malaysia mampu menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan industri ICT.

Pelancaran tersebut bersempena Mesyuarat Majlis Pelaksana MSC Malaysia Ke-20 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Abdullah dalam ucapan pembukaan mesyuarat tersebut mahu jenama-jenama global sebenar muncul di kalangan syarikat-syarikat yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia Malaysia (Malaysia MSC).

Beliau berkata, negara ini memerlukan ikon-ikon teknologi ICT global bagi membolehkan usahawan-usahawan yang baru dan pelajar meneladaninya.

‘‘Ketika kita perlu bangga dengan kejayaan MSC Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan termasuk membantu usahawan-usahawan ICT tempatan menyahut cabaran melebarkan operasi mereka ke luar negara dan bersaing dengan syarikat-syarikat global.

‘‘Saya berminat untuk berbincang tentang cadangan pembentukan syarikat ICT tempatan yang dibentang oleh MDEC hari ini,” kata.

Mesyuarat tersebut antara lainnya membincangkan agenda mewujudkan MSC Malaysia 2.0 yang menyentuh peranan MDEC bagi membantu meningkatkan daya saing Malaysia selain membangunkan industri ICT di negara ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Badlisham Ghazali.

Menurut Perdana Menteri, MSC Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan apabila ia berjaya menempatkan sejumlah 2,170 buah syarikat bertaraf MSC Malaysia iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus dari 2006 dengan sebanyak 79,000 pekerjaan berjaya diwujudkan.

Beliau menyatakan, MSC Malaysia akan terus menyaksikan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat 20 peratus antara 2006 dan 2007.

Tambahnya, perolehan syarikat bertaraf MSC Malaysia pada tahun lalu dicatatkan kira-kira RM17 bilion dengan peningkatan lebih 30 peratus berbanding pada 2006.

“Jumlah eksport pada 2007 dicatatkan melebihi RM5.5 bilion dan sukacita saya nyatakan syarikat Malaysia telah menyumbang kira-kira RM1.4 bilion kepada angka eksport berkenaan.

‘‘Ini menunjukkan syarikat tempatan MSC Malaysia sedang bersaing dan menerima urus niaga di dalam pasaran global.

‘‘Kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan MSC Malaysia sehingga sekarang ini dan lebih banyak boleh dan perlu dilakukan,” katanya.

11 September 2008

Berbuka bersama

alhamdulilah, semua dapat berkumpul untuk berbuka bersama pada kali ini