Awal pagi sudah sampai di pejabat. Biasalah bila ada mesyuarat tertentu. Persiapan hendaklah lebih tersusun mengikut agenda yang ditetapkan. Mungkin jika dibandingkan dengan dahulu agak berbeza, bilangan anggota hanyalah dalam 65 orang sahaja tetapi kali ini mencecah sehingga 97 orang anggota. Bertambahan melebihi 30 orang dalam perjawatan baru. Tapi tak mengapa. Berapa bilangannya, siapa anggotanya, mesyuarat tetap akan diteruskan.
Tapi yang 'pelik sesangat' ada yang buat hal. Aduh, perangai apa ni. Tak serik-serik lagi ka? Tak bertaubat lagi? Tak nak insaf di bulan Ramadhan? Aduh.....jenis apa nie. Dah la buat hal, tak inform, tak sms, tak cakap apa-apa. Apa kejadah punya orang. Akak-akak sepejabat, makcik-makcik opis yang selalu baca, Alam sure korang tahu siapa dia. Tapi ko silap, ini ALAM SETIA, ko ader ker atau ko nak buat hal, aku boleh handle juga. Biar masa yang menentukan segalanya.
Biasanya jika ada masalah atau apa-apa isu, maklumkan sahaja. Insyallah ia boleh diselesaikan secara maufakat. Tak ada sesuatu pun yang mudah dan senang di dunia ini. Mati nak masuk Syurga pun kena buat amal ibadah, bukan senang-senang nak masuk terus. Harap-harap lepas Raya Aidilfitri yang akan datang ni, ada sedikit perubahan. Insaflah dan bertaubahlah.
Alam ingin mengucapkan tahniah kepada semua pembentang-pembantang kertas kerja yang berjaya dengan suksesnya. Alhamdulilah, dimensi baru dalam kerjaya Tuan/Puan untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Buktikan bahawa kita mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Ingat ayat 'kalau nak kerja, buat cara nak kerja' dan bagi yang masih lagi ketinggalan tu 'sila berubah' atau 'anda akan diturunkan jawatan' atau 'anda akan diberhentikan'. Bukti-buktinya sudah ada. Pilihlah yang mana satu anda suka. Gracias !
No comments:
Post a Comment