18 October 2007

Aku dan 18 Oktober 2007

Jam dah hampir 6 petang. Nak balik dari pukul 5 lagi tapi di luar hujan lebat. Langit pun gelap jer. Maklumlah pemandangan di luar tingkap nampak begitu jelas sekali. Berdindingkan cermin, nampak jelas sekali. Sesekali dentuman kilat kedengaran. Suasana pejabat hari ni aman damai sebab ramai yang masih bercuti. Rasa boring gak sebab sunyi sangat dan pelung ni diguna sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Minggu hadapan ada 2 acara besar yang akan berlangsung serentak. Dan selepas itu, satu pembentangan kertas perlu dibuat juga. Sorry ya kepada Dato' dan Dr sebab tak dapat join kali ini untuk forum komuniti di Sibu dan Kuching. Kalau nak ikut perancangan asal, balik sahaja lepas raya terus ke Sibu dan kemudian ke Kuching. My boss pun tak boleh pergi, Alam pun sama gak. Next forum nanti kitorang join ya. Emm.... korban juga lah cuti raya kali ini. Mula-mula rancang nak cuti 2 minggu, balik-balik cukup seminggu sahaja. Raya kali ini secara sederhana dan disambut bersama keluarga. Alhamdulilah.

Pagi ini juga, lapar lah pula. Nak ke cafe makan, menu kurang menyelerakan. Nasib baiklah Kak Anne ada beli nasi lemak sebungkus. He he he.... adalah rezeki sarapan pagi ni. Malas sungguh nak memandu ke luar untuk sarapan pagi. Rugi masa rasanya. Lepas makan nasi lemak, sempatlah beraya ditempat kawan-kawan yang membawa kueh raya. Ada kueh raya 'tembikai'. Cantik....

Masa lunch, terpaksa keluar juga. Mula-mula nak ke Alamanda, tapi ubah fikiran terus ke Sri Kembangan. Ingatkan dapatlah makan di Warung Pak Dusun tapi tutup cuti raya. Emm..... tak der rezeki kali ini. Restoran gelas besar pun tutup juga. Pilihan terakhir makan di JJ. Alhamdulilah sekadar mengalas rasa lapar. Dalam gambar lain, bila dah siap lain. He he he



4 comments:

Wanpetunjuk said...

salam syawal....chomeynya biskut raya berupa tembikai tuh.....boleh tolong pos tak...nak gak rasa, bukan senang nak jumpe biskut raya mcm tuh.....hehehehehe.....

Alam Setia said...

nak ker? nanti Alam try tanya mana2 siapa yg masih ada lagi. Alam pun first time jumpa tahun nie.

Sarah Mohd Shukor said...

salam alam. sy bru je nak cakap biskut tembikai tu 1st time tgk. tup2 dayat dh mintak dulu. salam aidilfitri buat alam n family.

Alam Setia said...

Salam Sarah.

Emm....ramainyer yg minta. Alam try cari dulu. Tahun ni first time makan kueh tu.