22 December 2006

:: Terima Kasih Semua ::


Assalamualikum wbt & Salam Sejahtera,


Untuk anda semua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana memberi sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi epanjang tahun 2006. Banyak pengalaman manis, pahit, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya. Apa-apa pun Alam ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua.

Mungkin kita merancang sesuatu yang terbaik, tapi ALLAH yang menentukan segalanya. Setiap sesuatu yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Ia akan menjadi satu pegalaman dalam hidup ini. Alam bersyukur atas apa yang berlaku.


Terima kasih kepada Mr. Scooter, one of the top 10 software engineer in the Malaysia. Tuan telah mengubah cara hidup saya kepada yang lebih baik. Berkenal secara online telah mengajar
erti kehidupan yang lebih baik. Terus terang saya katakan, dulu hidup saya agak teruk sikit (nakal-nakal banyak) kemudian Tuan telah memberi idea yang baik untuk digunakan. Insyallah, nanti jika berkesempatan kita jumpa. Batasan kerjaya dan masa tidak mengizinkan untuk berjumpa. Walaubagaimanpun, masing-masing mempunyai blog, jadi bolehlah baca. Insyallah, may be one day saya leh jadi photographer yang lebih bagus. Sekali berjumpa 'sebutir mutiara,banyak manfaat yang boleh diambil'. Saya belajar dan rakamkan dalam Alam Setia.

Tidak dilupakan kepada Pakcik Wahdi. He he he ...biler nak belanja? Pakcik, tengkiew guide Alam cara nak buat blog. Ilmu pertama yang Pakcik ajar sevara online. Dah terhasilkan blog Alam Setia. Buat Doktor DBI
terima kaish juga kerana telah membantu Alam dalam menyediakan blog ini. Secara online juga, ilmu dibelajar. Sakit pun boleh tanya jugak.

Kepada Kak Ita and the geng, tima kasih kerana sepanjang tahun 2006,banyak masak untuk Alam. Macam tahu-tahu jer, Alam balik lambat. Makan pun disediakan. Kepada Kak Ju dan penggantinya Yati, tima kasih juga untuk makan petang.

Untuk sahabat-sahabat dan kawan-kawan,Apa yang penting, kita berkawan bukan kerana wang, XXX, tetapi kita berkawan dan berkenalan kerana Allah. Itu adalah yang terbaik. Jika kita mempunyai ilmu, tak salah jika kita berkongsi bersama-sama. Ilmu yang dimanfaatkan akan kekal sehingga ke akhirat.

Jadi untuk Tahun 2007, Alam menyeru kepada semua rakan-rakan seopis, cubalah kita mengubah hidup kita kepada yang lebih baik,sehari demi sehari. Pagi datang punch card, petang balik. Fikirlah apa yang kita laksanakan setiap hari dipejabat. Adakah berbaloi dengan gaji yang dibayar? Mengapa kita menyalah orang lain, jika menerima arahan? Mengapa kita menanggap tugasan yang diberi sebagai satu beban? Mengapa kita tidak mahir dalam bidang kita sendiri? Sedangkan itu yang termasuk dalam senarai tugasan kita? Mengapa kita tidak bercita-cita menjadi seorang yang expert dalam bidang masing-maisng? Mengapa jika hanya menunggu arahan sahaja? Mengapa kita gagal memberi idea bila diperlukan? Apa-apa pun biarlah Tahun
2006 menjadi landasan untuk kita kearah yang lebih baik di Tahun 2007.

Pernah dikecewakan dan pernah mengecewakan

Mungkin ada kesilapan kita dalam perhubungan. Semuanya satu kenangan. Kepada insan yang pernah Alam kecewakan, maafkan Alam bukan sengaja tapi masing-masing ada hati dan perasaan. Jika Alam yang bersalah, maafkan Alam. Kepada insan yang pernah mengecawakan Alam, tak mengapa. Itu suratan takdir. Nak marah tak guna, sudah menjadi sejarah. Sebelum jumpa, kita sms & telefon, selepas jumpa, terus menyepi. Sedihlah juga, tapi apakah daya. Siapakah mereka???

Pengurusan Masa

Untuk semua, pengurusan masa adalah sesuatu yang penting. Untuk semua,diharapkan Tuhun 2007, kita akan lebih berjaya dalam usaha pengurusan masa. Baru semua yang dilaksanakan kita akan berpuasa hati. Jika kita puas, semua orang akan turut sama.

Selamat Bercuti

Alam ingin mengucapkan Selamat Bercuti hujung tahun. Alam akan kembali bertugas pada 8 Januari 2007. Sila hubungi Alam di hp eik. Kedua-dua nombor boleh digunakan. Jika tak ader jawapan, antar sms k. Kepada raka-rakan yang menyambut Krismas, Selamat Menyambut Hari Krismas 2006. Dan kepada umat Muslimin, Salam Aidil Adha. Kepada adik-adik yang akan memasuki persekolahan, Selamat Berlajar. Emm.....Atif, kenapa tak nak gie tadika.
Aduh
pening kepada nie cammana nak pujuk...

Akhir sekali, Alam ingin memohon jutaan terima kasih untuk anda semua. Maaf jika terkasar bahasa dan tersalah kata.

No comments: