26 December 2006

Cabaran !!! (Siri Ke-2)

Sambungan Siri Pertama.

“Ikram, ko nak ikut aku tak? Ada gym baru buka ni. Ari ni pembukaan rasmi”, Faiz bersms dengan sahabat baru yang dikenalinya. “Boleh juga”. “Oklah, aku gi ambil ko”. Sebelum ini Faiz dan Ikram pernah berborak-borak di Kedai Kak Mah tentang hajat mereka pada tahun 2007.

Selepas selesai sahaja membayar set hidangan sarapan pagi di De Palma, Faiz terus meluncuri keretanya pulang ke rumah. Macam biasalah, pulang untuk mengambil kamera kesayangannya itu. Dengan susasana gembira, dia terus masuk ke biliknya. “Emmm…..mana kamera aku nie, tak der pun”, Faiz mencari dengan penuh kehairanan. Dia pun terus mencari dimerata-rata tempat, dalam beg laptop, beg baju sukan, beg bekalan makanan, namun apa yang dicari tidak dijumpai. Alangkan sedihnya hatinya. Suasana ceria tadi bertukar menjadi hambar. Hatinya menjadi sedih. Dia mengimbas kembali ‘track’ kehidupannya dua hari lepas. Fikiranya bercelaru seketika. “Mungkin aku tinggal di pejabat”, sangkaan Faiz.
Disebabkan Faiz sudah berjanji dengan Ikram, dia terus membawa kereta menuju rumah kawannya itu. “Aku dah sampai, ko turun ler bawah”, sms Faiz kepada Ikram. Sambil menunggu Ikram, dia mengeledah keretanya. Semua ruang yang ada dilihat dan dicari.


…..apa yang terjadi seterusnya.

Faiz menerima sms pengubat dukanya. “Tak kisah. Kamera tu dengan kawan sekarang tapi kalau kau nak pinjam no hal.? Nak…” Pada masa yang sama Faiz menerima panggilan telefon daripada Doktor T yang bertanya khabar. Terubat luka dihati setelah menerima panggilan dari Doktor T. Almaklumlah Doktor T ini bukannya suka bersms, susah nak dihubungi. Berita ini hanya diketahui oleh tiga orang sahaja , Namzah, Doktor T dan Tan Wah Li.

No comments: