Novel Pendek 2006
Penghujung tahun yang penuh dengan cabaran. Takala berehat sambil menikmati secawan kopi bersama-sama roti bakar. Pagi Sabtu biasalah cuti hujung minggu, sudah pasti ramai yang bersantai di kedai-kedai makan. Pada ketika inilah Faiz duduk dihujung meja, di kedai kegemarannya. Membaca majalah 'Maskulin, Takrif Terkini Lelaki Muda', dia membaca ruangan Semak Horoskop 2007.....
"PISCES (20 Februari - 20 Mac), Bintang Anda Bergemerlapan Anda bekerja keras sebelum ini, waktu kerja yang berlarutan ke malam hari di pejabat sehingga menggangu masa tidur anda, dilihat menjejaskan kesihatan diri. Tahun 2007 menjanjikan sinar yang bercahaya dan terus bercahaya. Usaha dan kerja keras anda telah dihidu oleh seseorang dan barangkali ia membawa ke kerjaya baru dalam kehidupan. Oleh kerana banyak perubahan yang berlaku, anda harus menjangka sesuatau yang akan berlaku ke atas perhubungan peribadi anda sepanjang tahun ini. Jangan biar ia mematahkan semangat anda. Bintang anda kian bergemerlapan dan tiba masanya untuk anda mengembangkan pencapaian diri”
“Ohh, andaian ini benar juga. Sama dengan apa yang berlaku pada aku. Emm…boleh dipertimbangkan tapi jangan percaya bulat-bulat. Kitakan beragama Islam”, Faiz memikir sambil tersenyum keseorangan. Tiba-tiba dia terpandang ke tepi jalan. Satu iklan yang menarik perhatiannya, “Gymnasium Baru Dibuka”. “Lepas ni, bolehlah aku gi tengok”. Dah lama Faiz bercita-cita hendak ‘belajar’ guna gym. Maklumlah, gaji bukannya besar, jadi belanja kenalah berpada-pada. Banyak tanggungannya untuk diri sendiri, membayar pinjaman pengajian, simpanan untuk sambung belajar lagi, sedikit perbelanjaan ibubapa dan anak saudara kesayangannya yang Faiz jaga semenjak lahir. Berkat kesabaran hampir setahun mengumpul wang, dia pun berazam bagi tahun 2007 untuk menjaga kesihatan. Jikalau kesihatan terganggu, ia akan menjejaskan kerjayanya.

No comments:
Post a Comment