Kategori : Teater
Tarikh : 24 - 30 Apr 09
Masa : 8.30 MALAM
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.
Barisan Pelakon Utama
Vanidah Imran
Arja Lee (Azharudin Ramli)
Azizah Mahzan
Cico Harahap
Sabera Shaik
Azliyuszaini
Norsiah Mohd Yatim
Ard Omar
Pengarah
Fauziah Nawi
Skrip
Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik
Irwan Ismadi Shahrim
Pengarah Muzik
Mohd Yazid Zakaria
Komposer & Lirik
Iryanda Mulia Irwadi
Koreografer Tari
Adam Corrie Lee
Mahmood Hj. Ibrahim
Rudy De Luna JR
Koreografer Silat
Mohammad Poizi Nawi
Pengarah Teknikal
Jamaluddin Md. Nor
Pereka Tata Cahaya
Mohd Firdaus Mohamad Hanif (Pitt Hanif)
Tarikh Persembahan
24 - 30 April 2009
Masa Persembahan
8.30 Malam
Tempat Persembahan
Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket
RM30, RM50, RM70 & RM100
Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian/Tempahan Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600
No comments:
Post a Comment