Pisang Turunkan Berat
Diet terbaru di Jepun diasaskan ahli farmasi untuk suami
TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.
Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit
Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.
Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.
Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.
Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.
Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram. - Agensi

1 comment:
aku suka lagu ni.. best..
Post a Comment