23 October 2008

Catatan 23 Oktober 2008

Perjalanan Kuching & Miri

Ingin dirakamkan ucapan terima kasih bebanyak kepada rakan-rakan di Miri yang membantu seperjalanan Alam dan Azri disana. Jasa baik kalian akan dikenang. Nanti kitorang nak bercuti di sana bukan kerana urusan kerja.

Pejabat 5S

Susun atur pejabat untuk pelaksanaan 5S sungguh kemas. Tahniah kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus membantu untuk kejayaan ini. Harap2 ia kekal sehingga Lawatan Star Rating yang akan diadakan nanti. Pn. Nordina kata bulan Disember nanti. Lambatnyer......jangan selerakkan tempat ya. Thanks Kak Rozam, tolong kemaskan meja Alam kerana tiada di pejabat.

Tiada di Pejabat

Balik aje daripada travelling, masih tiada lagi dipejabat. Kena ke agensi-agensi untuk pelaksanaan tugasan yang diberikan. Selasa & Rabu, kejap ada berada di opis. 24 Oktober 2008, ada dipejabat.

Amboi Lama Tak Nampak

Ha ha ha ha, memanglah lama tak nampak. Banyak tugasan lain kena diselesaikan segara. Insyallah, bila2 lapang Alam akan jalan-jalan ziarah korang ya. Ada lagi disini.

Mana Gambar2 Miri

Alamak..... akak, Alam minta maaf tak sempat lagi nak upload gambar-gambar di Miri. Banyak tu. Kisah Alam yang selamba disana. Gelagat rakan-rakan exhibitor sungguh best tau.

Hutang-hutang Tugasan

Puan, nanti Alam siapkan 2 tugasan. Insyallah akan siap juga. Dont worry lah, kalau Alam 'mengamuk' tu pasal vendor punya hal. Bila mengamuk ajer, dalam 30 minit boleh siap. Kalau tak mengamuk, tak siap2.

Alahai Vendor

Apa punya vendor, apa lagi alasan yang diberi. Bosan-bosan dan bosan. Nak tengok kena belasah dalam meeting, tengoklah nanti.


Catatan 23 Oktober 2008

Satu catatan sejarah hidup Alam. Keputusan akhir pada November 2009 sama ada nak terima atau tidak. Auditorium INTAN Bukit Kiara menjadi titik permulaan dan catatan sejarah dalam hidup Alam.

Doakan yang terbaik untuk kejayaan seterusnya. Insyallah


1 comment:

Cyberwira said...

Bznyer dia.. bagus.. muda2 lagi ni lkah nak kena rajin..tapi kesehatan kena jaga yer.. take care.