17 January 2008

Dari Sini - Mencari Idea

Emm.... kadang kala kita menghadapi masalah untuk mencari idea untuk memulakan sesuatu perkara atau pun tugasa. Perkataan 'Entahlah', 'Apa nak buat ...', 'Tak pernah buat lah sebelum ini' selalu menghantui kita bila diterima sesuatu tugasan. Disini beberapa tips yang boleh dikongsi bersama untuk memecah kebuntuan idea.
1. Membaca dan terus membaca
Minda juga perlu kepada latihan selain daripada tubuh badan. Melalui pembacaan ia dapat mencabar minda kita. Banyak sumber yang boleh dicari. Mudah sahaja, kebiasaannya Alam akan menggunakan carian secara atas talian. Apa lagi Google menjadi pilihan. Tulis sahaja kata kunci yang ingin dicari. Selain daripada itu, buku-buku yang dijual dipasaran juga boleh dibeli sebagai bahan bacaan. Sedikit sebanyak, percambahan idea-idea baru boleh diterokai.
2. Suasana yang kreatif
Persekitaran tempat kerja, rumah memerlukan suasan yang kreatif. Jika dipejabat, peruntukan sedikit masa untuk berjalan-jalan diseksyen lain @ bahagian lain @ tempat lain untuk mendapatkan suatu tempat atau suasana yang membolehkan dan menenangkan anda berfikir. Terperap ditempat anda, boleh menyebabkan anda terbantut nanti.
3. Lakaran Pandangan
Anda perlu membuat lakaran pandangan anda. Lukis di atas sehelai kerta, coretan idea-idea anda. Shopping list biar panjang, ada idea anda tulis. Lakaran peta minda boleh digunakan. Jangan takut dan jangan fikir, betul atau tidak idea ini. Yang penting, idea anda disimpan.
4. Yakin dan Tahu
Anda perlu yakin bahawa anda boleh melakukan. Kadang-kadang orang akan melontarkan pandangan mereka. Anda akan menjadi seba salah. 'Betulkah apa yang aku buat ini', 'Banyak soalan pula ni'. Disini anda perlu bertindak yakin terhadap idea anda disamping tahu hal-hal yang berkaitan dengan idea tersebut.
5. Soalan Menjadi Idea
Takala anda melontarkan idea kepada rakan sekerja, bertubi-tubi soalan ditanya. Ada yang akan mempertikaikan idea anda. Usah gentar, catat soalan pertanyaan tersebut dan jadikan ia sebagai idea anda. Ayat pasif kepada aktif dan sebaliknya.
.......................................... bersambung

2 comments:

Ad Rifza said...

Sesuatu yg boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yg ingin memulakan sesuatu perkara yg baru....

Alam Setia said...

Salam. Yap sebagai panduan sedikit... banyak maknanya...