Tulis disana tulis disini. Macam-macam hal berlaku. Semua selamber aje dan guna ayat xxx yang suruh buat macam tu. Alamak kawan, memanglah disuruh sebegitu tapi itu bukannya satu masalah untuk diubah. Anggaplah kata-kata atau arahan tersebut sebagai satu tugasan. Fikir dan rancang dan mungkan ader penambahbaikan yang perlu dibuat. Heran sangat kenapalah ambil bulat-bulat dan buat ala kadar. Hasil mengecewakan dan teruk sekali. Orang lain pula yang kena betulkan. Hai kawan BERTAUBATLAH. Dah berapa kali nak jadi macam nie. Susah kalau manusia macam ni. Dalam Islam pun ditekankan 'muzakarah' dalam sesuatu hal. Ayat lain bawalah berbincang.
Tapi yang seronoknya pandai buat planning tapi tak maklumkan kepada yang lain. Orang kata bila disuruh buat, dia buat, orang-orang yang terlibat tak tahu apa-apa pun. Bila tiba masanya, jadilah kelam kabut. Emm.....ini confius. Bukannya nak mengamuk tapi kalau tak buat camtu tak jalan urusan sepejabat. Ada yang kata Isk....pesal garang sangat ni. Rasanya orang yang buat salah atau merasakan dirinya bersalah mungkin akan takut. Muka tak senyum pun. Tak der masa nak senyum pun. Itulah kisah tulis disan tulis disini. Macam nak ambil MC & EL sahaja. Bulan lepas pun dah 3 hari cuti. Malas nak fikir dan baik tenang minda dikawasan lain. Kang bagus tuh.....jom kita bercuti.
Ada pula yang sengap sahaja. Entahlah nak kata kerja tak bagus...bagus hasilnya. Tapi ini pun satu kes juga. Diam kerana faham atau diam sebab ada masalah. Bila nak roll-out aje sistem, itu tak ada, ini tak ade, banyak lagi nak siap. Awal-awal lagi dah dinasihat, jangan buat laporan palsu. Nie lah akibatnya. Lepas itu buat muka tension. Bila Alam terima ajer report, wow bukan main hebat. Sistem dah siap dari Dis 2006. Manis mulut menjawab dan cantik laporan pencapaian tahunan. La nie apa dah jadi. Kalau tak siap, kata tak siap. Kalau ada masalah buat justifikasi. Insyallah sama-sama boleh selesai. Heran juga, seksyen dia ramai orang dan kenapa tak bertanya kepada yang lain. Pendek kata Knowledge Sharing. Emm.....ta tau lah.
4 September dah nak hampir. Sesi latihan tengah berjalan. Kenapa yang nak rahsia jadual latihan. Kenapa yang nak rahsia manual. Apa masalah nie. Nak cover line lagi ker? Tak payah lah, Alam buat ta tau jer. Dah baru 2 negeri dah banyak yang report. Emm....ini lah gara-gara takut sangat nak laporkan perkara sebenar. Apa-apa pun Alam doakan yang terbaik, Insyallah. Untuk pameran entahlah panggil meeting, apa apa agendanya. Tak cakap pun. Teringat Pameran Minggu ICT Peringkat Negeri Johor yang lepas. Ini salah satu booth. He he he.....apa kisah disebaliknya. Macam mana agaknya nanti untuk pameran ini. Takkanlah nak buat macam kelas tadika kot. Maaflah eik....kalau ade perubahan susunan. Biarlah nampak lebih kemas dan menarik. Di Malaysia ni, ICT sudah berkembang nampaknya......teringat logo MSC.
1 comment:
di opis lama APP keje dulu, ada sorang staff APP ni, yang akan say YES to MCs n EL on either Mondays or Fridays. Kdg2 tu, kereta rosak, tayar motor pancit, ambik bapak/kakak/sedara di bus station (padahal Puduraya sebelah opis). APP sebabgai superior dia dah lali. Dengar2, akhir2 ni kena DI (Domestic Inquiry) dengan bog boss baru. Masaaaaaaaaakkkk!!!!
Post a Comment