berjumpa sekejap sahaja.....tapi banyak gambaran yang diperolehi. bagaimana nak menghadapi soalan-soalan yang akan ditanya jika berhadapan dengan para editor. mula-mula tak nak masuk, tapi puan dah ajak 'petang ni u jgn lupa masuk sekali'. oklah, no problem. banyak ilmu dicerita pabila berhadapan dengan mereka. alhamdulilah.........lagi pun kitorang dah pandai nak kalau kena buat sesi 'press statement' next week. puan buat separuh, alam pun buat separuh. nak buat cammana.......itu ajer yg ader. sorrylah kenkawan semua korang macam-macam kena buat. bukan apa, kalau tak dikejar, tak berjalan kerja tu. tapi bila diberi dateline boleh lah pula. asam garam bekerja katakan.
Langsir dibuka.....permandangan diratapi sepenuhnya. sambil selesaikan kerja yang wajib dilaksana, sambil mendengar lagu. apa lagi, nak cari idea untuk membuat dokumen laporan yang diperingkat terakhir. 3 hari perlu disiapkan. makan-minum pun ikut 'ikut dan' ajer.....kata org utara. pelik tak pelik tapi heran lah jua, puan siap datang lepak disini juga. ternampak keletihan diraut wajah. siap letakkan kepalanya di atas meja sementara menunggu alam print draf buku tersebut. almaklumlah printer network jauhlah kena jalan. alamak..bos aku ni, tak pernah tengok dia camni. yerlah, semuanya kena disiapkan. apa-apa pun alam buat yang terbaik puan. ini projek Mega 2007, kenalah berkorban sikit. malam pun balik lambat dan boleh dikatakan kena tutup lampu opis lah. alhamdulilah dapat tempat baru nie. sumber inspirasi banyaklah sikit.
pejam celik pejam celik, dah pun waktu makan. dah lewat ni...kalau ke cafe sure tinggal saki baki makanan ajer. emm....ari tu nasib baik ada sahabat yang temankan makan. itupun kitorang ambil masa +- 20 minit jer. banyangkan dari perdana putra ke alamanda. parking, masuk restoran, makan, bayar dan balik. bro, jangan lupa teman alam nanti. ader barang nak beli ni. sedaplah pula makan lunch ari tu. dah lapar makan apa pun sedap. bro pula beli aiskrim dan terus balik ke cyberjaya. hi hi hi hi
No comments:
Post a Comment