Perbincangan dalam sesuatu organisasi adalah amat peting. Jika anda mengetui sesuatu pasukan, perancangan hendaklah dibuat. Apa yang perlu dibuat adalah mudah sekali.
1. Buat pelan perancangan bagi tugasan yang diberi.
Apabila anda diberi arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Cuba fahami arahan yang diberi. Jangan ’confiuskan’ diri anda dengan tanggungjawab yang diberi. Tanamkan kekuatan dan yakinkan diri anda bahawa anda boleh laksanakan.
Kebiasaannya antara arahan yang diberi mungkin sesuatu yang baru. Sesuatu yang berkaitan dengan tugas anda ataupun tidak. Tetapi ia tidak menjadi masalah. Anggaplah ia sebagai cabaran baru. Jangan ”cepat melenting dan kecoh, lantaran itu anda ’mengumpat’ bersama-sama rakan-rakan. Kata-kata ’Isk...nie bukan tugas aku, apa lah bos ni, suruh lah orang lain buat”. Jangan cuba hantui diri anda dengan masalah, cari jalan penyelesaian. Ini akan membuang masa anda sahaja. ”Lapan jam waktu bekerja, berapa jam yang paling efektif anda gunakan?”. Anda sahaja yang tahu.
Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba catat arahan yang diberi kepada anda. Seterusnya, buat sedikit kajian dan analisis. Cari dan baca sumber-sumber yang berkaitan. Paling mudah dengan membuat carian secara atas talian. Cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan anda yang boleh dipercayai dan anda yakin dengan pandangannnya. Sekali lagi ditekankan cuba elekkan ’pengumpat dan berborak-borak kosong’.
Seterusnya, anda boleh membuat sedikit perancangan ringkas berkaitan dengan tugasan yang diberi. Drafkan perancangan tersebut dan cuba bentangkan kepada bos anda. Betul atau salah, jangan anda menjadi hakim. Biarlah bos anda menghakiminya dan jikalau ditanya jawab dengan fakta-fakta berdasarkan kajian anda.
Jangan sesekali sekadar cetak ’perancangan ringkas’ anda ataupun email dan hantarkan kepadanya. Ayat lain ”arahan diberi, aku dah buat, aku dah hantar pada bos, tunggulah reaksinya”. Jika ini berlaku ia seolah-olah anda seorang yang cuba lepas tangan. Cuba cari masa beliau dan terangkan perancangan kasar anda. Yakinkan bos anda dan cuba memahamkannya. Ini untuk memastikan sama ada anda ’menjawab’ arahan yang diberi. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham dan pada yang sama anda mengelak ’perancangan anda tidak dibaca”.
Berdasarkan pandangan dan ulasan yang diberi, cuba seberapa segera membaikinya dan seterusnya email perancangan tersebut kepadanya. Ini adalah salah satu cara untuk menyakinkan beliau bahawa anda telah melaksanakan arahan dan mengambilkira pandangan yang diberi. Mudah kan?
Bila masa yang sesuai untuk berjumpa. Usah bimbang, pasti anda tahu masa-masa bos anda tidak ”sibuk dengan tugasannya’. Takkan sepejabat sampai tidak tahu lansung. Anda juga boleh semak dengan Pembantu Khas beliau. Masa yang sesuai diwaktu pagi, mungkin selepas 10-15 minit selepas beliau sampai dipejabat. Kata lain ”pandai-pandailah mencari masa yang sesuai’.
2. Pelaksanaan
3. Pemakluman
4. Pemantauan
5. Penambahbaikan
6. Ucapan penghargaan
7. Motivasi
..........................bersambung
No comments:
Post a Comment