Entah apa perasaan bila kita gagal dalam sesuatu perkara. Mungkin remuk rasa dihati. Mood seharian dah bertukar. Dari keceriaan menjadi sebaliknya. Tapi senyuman tetap diukir dihadapan semua. Aku akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran. Bakal mencetus kualiti yang akan dinikmati semua.
Impianku, perancanganku, harapanku........semua bermain-main diminda ku. Ku ingati kisah deruan ombak memecah kesunyian malam, bersama-sama kawan-kawan yang tak pernah terfikir untuk berbicara tapi mereka jua sedia bersamaku. Meredah sesuatu yang tak dijangka tapi keseronokan dikecapi bersama.
Ku ingat kisah perjalanan meniti cahaya mentari pagi, sesejuk embun pagi menusuk kalbu, bersama-sama diredahi. Entahlah berapa panjang langkah diatur tetapi demi mengejar apa yang diinginkan, tiada halangan. Semangat menguatkan segalanya.
Terima kasih sahabatku di atas sokonganmu. Doakan kejayaanku dihari mendatang.
1 comment:
apa yg gagal tu alam?
Post a Comment